[VIDEO] Baru 2 Bulan Tinggal Bersama Sebab PJJ, Suami Dijemput Ilahi Sehari Selepas Tahu Bakal Jadi Ayah

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menantikan kehadiran cahaya mata sebagai ‘pelengkap’ rumah tangga. Namun, tidak semua pasangan yang diberikan rezeki hamil seawal tahun perkahwinan mereka dan ada yang sudah bertahun-tahun menantikannya.

Tetapi lain pula yang dilalui oleh seorang wanita apabila dia disahkan ham1l selepas dua tahun menanti cahaya mata pertama mereka, namun diuji dengan kehilangan suami tersayang pada keesokan harinya.

2 tahun menanti kehadiran cahaya mata, suami menghadap Ilahi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Shaa Ibrahim di Facebook, dia memaklumkan bahawa suaminya, Wan Muhammad Hasruldin telah kembali menghadap Ilahi selepas terlibat kemal4ngan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja.

Pagi tadi saya hantar gambar ni dekat awak sayang. Rupanya awak tak sempat tengok. Allah panggil awak balik. Dua tahun awak tunggu sayang. Saya kuat sebab ni. Ni juga last WhatsApp saya sempat hantar dekat awak. Lepas ni tak akan ada dah orang yang nak hantar emoji lucu-lucu dekat saya.

Hari ni GPS awak tak bergerak saya call tapi tak ada siapa yang jawab. Rupanya Allah SWT yang panggil awak dulu.

Sebelum ini mereka terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh) selama dua tahun atas urusaan kerja dan sebenarnya baru dua bulan mereka mula tinggal bersama.

Lebih menyedihkan lagi apabila arw4h suaminya begitu teruja dapat berita gembira bahawa isterinya disahkan ham1l sebulan dan dia bakal menjadi seorang ayah sehingga sanggup membatalkan hasratnya untuk membeli kereta baru.

Pada malam sebelum kejadian arwah dapat berita gembira bakal jadi ayah, sukanya dia sehingga cakap dia sanggup berk0rban untuk anak bini dan cancel kereta. Dia sanggup berulang-alik dengan motor lagi. Awal pagi esoknya dia betul-betul berk0rban.

‘Bekal awak tak sempat jam4h’

Menurut Shaa, pada pagi kejadian, suaminya sempat meminta untuk menyiapkan bekal nasi goreng dengan udang kuny1t, namun tidak sempat dijamah olehnya.

Bekal awak tak sempat jamah. Pagi tadi awak request nak nasi g0reng pastu udang goreng kunyit. Saya tanya awak nak samb4l bel4can tak. Awak kata nak. Ceria je suara awak sayang. Macam biasa breakfast roti bakar favourite awak cuma pagi tadi saya minta tolong awak sapukan butter.

Ujarnya lagi, kawan-kawan arw4h suaminya datang menz1arah arw4h untuk kali terakhir dan mereka turut mengalirkan air mata kerana sedih kehilangan seorang kawan yang baik. Shaa juga memberitahu bahawa arw4h suaminya telah selamat dikebum1kan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

Saya minta maaf tak mampu tengok awak tadi dekat tempat kejadian.

Dem1 Allah awak terlalu baik. Tidak sekalipun awak marah saya. Tidak sekalipun kata-kata kas4r keluar dari mulvt awak. Allah sayang awak.

2 tahun PJJ, baru 2 bulan duduk sebumbung

‘Allah sayang awak’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber : Shaa Ibrahim, Wan Nor Syazwanibebop137

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.