“Hentikan perbal4han. Simpatilah dengan rakyat.” – Khutbah Aidiladha Masjid Negara

Hari Raya Aidiladha tahun ini dilihat sedikit sur4m walaupun tetap meriah disambut sesama ahli keluarga di kediaman masing-masing.

Pandemik yang menular telah menghadkan aktiviti yang biasa dilakukan ketika hari raya haji  seperti menumbangkan haiwan ternakan untuk tujuan ibadah qurban.

Walau bagaimanapun, solat sunat Aidiladha tetap dilakukan dengan jumlah yang terhad. Pihak televisyen juga turut sama menayangkan siaran langsung solat sunat dan juga khutbah Aidiladha untuk ditonton orang ramai.

Sebak lihat khatib pun seb4k

Menerusi perkongsian yang dibuat akaun Twitter @waniardy, pengguna media sosial tersebut telah menzahirkan rasa sebak apabila Imam Masjid Negara membacakan khutbah menyentuh perihal pemimpin.

Antara isi kandungan khutbah solat sunat Aidiladha itu adalah menyatakan supaya para pemimpin berhentilah berbal4h dan bersimpatilah terhadap rakyat.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat pengguna Twitter tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai.

Mereka juga berharap semua pihak dapat mendengar apa yang telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara itu supaya menjadi pedoman dan ikhtibar dalam memimpi sesuatu organisasi.

Depan2 VIP tuu

Memang menjadi perhatian rakyat

Bukan senang lelaki nak menangis macam tu

Tajuk khutbah ‘Cab4ran dan Peng0rbanan

Menerusi laporan daripada Bernama, Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni  telah menyampaikan khutbah Aidiladha yang bertajuk ‘Cab4ran dan Peng0rbanan’ turut berkata bahawa Allah S.W.T telah menganugerahkan pelbagai kenikmatan kepada negara  termasuk menyambut Aidiladha pada hari ini walaupun pandem1k  masih belum reda.

Jadi, beliau mengingatkan para pemimpin supaya menumpukan sepenuh usaha dan tindakan dalam mengekang penularan wabak C0vid-19.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri dilihat antara yang sama-sama hadir bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber: Twitter @waniardyBernama (kredit foto)

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.