Deg1l, Lari Keluar Kereta Elak Roadblock? G3ng Baju Raya ‘Tersad4i’ Tepi Highway

Meskipun kerajaan telah menetapkan bahawa aktiviti ziarah raya dilarang sempena sambutan Aidiladha semalam, namun tetap ada segelintir individu yang deg1l melangg4r prosedur operasi standard (SOP).

Terbaru, tular satu video di laman Twitter memaparkan sekumpulan keluarga did4kwa ‘melar1kan’ diri keluar dari kenderaan mereka ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di sebuah lebuh raya di Lembah Klang.

Seorang pengguna Twitter, @ilyazrai memuat naik rakaman video itu yang kelihatan empat individu perempuan termasuk seorang kanak-kanak lengkap berbaju kurung ‘melangkah’ penghalang bes1 di tengah lebuh raya tersebut.

Haaa tengok mereka ni degil nak pergi beraya jugak. Lepas tu bila sangkut kat SJR, keluar kereta dengan anak cross highway 3 lane,” tulis @ilyazrai.

Mana tidaknya, dah la keluar beraya? Jumlah penumpang lebih daripada SOP yang ditetapkan pula tu! Pasti dikenakan k0mpaun ribuan ringgit sekiranya ‘kant0i’ oleh pihak polis.

Posting berkenaan diulang kicau sebanyak 3,200 kali selain menerima pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata mar4h melihat tindakan sekumpulan keluarga itu yang disifatkan deg1l serta mementingkan diri.

Ini kerana sedang rakyat ‘berkorban’ dengan menyambut raya di rumah sahaja, golongan terbabit ‘berseronok’ ke sana sini yang boleh menjadi punca penularan wabak Covid-19 sekali gus kes jangk1tan kembali meningkat.

Kawan aku baru pulih, beraya sakan

Kalau macam ni, memang ‘merepvt’ la kita

Kes meningkat, pastu salahkan kerajaan?

Duduk rumah diam2 dah la!

Degil, semangat nak raya

Kalau macam ni la gaya pematuhan, lama lagi agaknya peluang kita mahu melihat ‘dunia luar’. Disebabkan seorang dua yang langgar SOP dan berjangkit, habis semua kena duduk di rumah!

Sumber: Twitter @ilyazrai