[VIDEO] Dah Setengah Jam Majlis Hari Jadi Anak Bermula, Ibu Sedih Satu B4tang H1dung Tetamu Pun Tak Nampak!

Di TikTok, seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila majlis hari jadi yang dirancang untuk anaknya tidak menjadi seperti yang diharapkan. Hal ini kerana, kesemua 22 orang tetamu yang dijemput hadir ke majlis berkenaan tidak munculkan diri. Sedihnya!

Seorang pun tak datang

Kisah sedih itu dimuat naik oleh seorang wanita yang menggunakan nama @dawners86 menerusi satu video dalam aplikasi TikTok. Menurut Dawn, dia hanya menjemput 22 orang tetamu sahaja dan kesemua mereka terdiri daripada rakan anaknya. Namun begitu, tiada seorang pun yang hadir semasa majlis tersebut sedang berlangsung.

Sudah setengah jam majlis hari jadi JJ bermula, namun tiada seorang pun rakannya datang.

Lebih tersentuh, anaknya yang hanya mahu dikenali sebagai JJ ini dilihat bermain berseorangan di sebuah taman permainan bagi menghiburkan hatinya yang sedang sedih. Ujar Dawn, dia sengaja memilih taman permainan sebagai lokasi majlis memandangkan sek4tan C0vid-19 di kawasannya sudah dil0onggarkan. Jadi, tiada alasan kenapa rakan-rakan JJ tidak dapat hadirkan diri.

Sampai hubungi rakan dan keluarga

Video tersebut ternyata mendapat reaksi daripada pelagai pihak yang rata-ratanya sedih. Mereka yang tersentuh turut menyatakan hasrat ingin memberi hadiah hari jadi kepada JJ. Pada masa yang sama, Dawn turut menghubungi rakan dan ahli keluarganya untuk mengajak mereka hadir ke majlis hari jadi anaknya itu. Akhirnya, dua pasangan telah membawa anak masing-masing hadir ke majlis hari jadi JJ. Sebagai ibu, Dawn meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber: Dawners

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.