“Best ada jiran macam ni..” – Wanita Bantu Ibu Katil Sebelah, Siap Jagakan Bayi

Bagi ibu ham1l, pr0ses bersal1n dalam tempoh pandem1k C0vid-19 memang menguji ment4l dan fiz1kal. Mana tidaknya, prosedur untuk ziarah di hospital kerajaan perlu dipatuhi bagi mengelak penularan jangkitan wab4k tersebut.

Selepas selamat melahirkan, para ibu pasti memerlukan lebih banyak tenaga dan pergerakan dalam menguruskan diri dan cahaya mata tanpa ditemani suami tersayang.

Prihatin dengan situasi berkenaan, wanita ini tampil membantu bayi milik seorang ibu di katil sebelahnya dengan menukar baju dan lampin pakai buang secara sukarela.

Wanita tersebut, Siti Zulaiqa memuat naik sebuah video di laman Facebook memaparkan dirinya menyediakan pelbagai kelengkapan sebelum mendukung dan meletakkan bayi itu di atas katilnya.

“Tak salah kan tolong katil sebelah.. hehehe rajin2 laa tolong menolong naa,” tulis wanita yang menetap di Pulau Pinang itu.

Selepas selesai membersihkan bayi tersebut, Siti Zulaiqa kemudian menyerahkan semula si kecil itu kepada ‘jirannya’ selain mengemas beberapa barangan bagi meringankan beban antara satu sama lain.

Video berdurasi seminit 24 saat itu menerima 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 4,300 kali serta ratusan komen warganet yang kagum melihat tindakan murni wanita berkenaan.

Rata-rata berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu berada di wad bersalin yang mengakui seronok sekiranya mendapat ‘jiran katil’ seperti Siti Zulaiqa yang ringan tulang membantu orang lain.

Moga Ika selamat bersal1n!

Bestnya suasana macam ni…

Pengalaman masing2, semua rindu!

Syukur jumpa orang yang baik2

Tak salah pun saling bantu-membantu, dapat juga pahala! Lagi-lagi dengan situasi sekarang, takde la si ibu rasa kesunyian disebabkan suami dan ahli keluarga tak boleh ziarah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber: Facebook Siti Zulaiqa

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.