13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat, Eira Syazira Terkejut Azad Jasmin Buat Surprise Hadiahkan Rumah Baru

Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti Eira Syazira dan Azad Jasmin yang sentiasa menghiburkan pengikutnya di laman media sosial. Pasangan sweet couple ini sentiasa berkongsi kehidupan dan telatah keluarga kecil mereka buat tatapan umum.

Terbaru, Azad Jasmin memberi kejutan dengan menunaikan impian isterinya, Eira Syazira sebuah rumah kediaman baharu mereka.

Menerusi video posting yang dimuat naik Eira Syazira di laman Instagram, Azad Jasmin telah membawa isterinya ke kediaman baharu mereka selepas mengerjakan solat terawih. Difahamkan, kediaman rumah dua tingkat itu sudah 90 peratus siap sekali dengan dekorasi dan perhiasan dalaman.

Eira bagaimanapun bersyukur atas hadiah terindah yang diberikan oleh suami tercinta selepas 10 tahun mengharungi bahtera perkahwinan bersama-sama.

Allahuakbar!! Surprised nak mati!! Hadiah terindah selepas 10 tahun perkahwinan dari suami tercinta. No words to describe, segala puji bagi Allah SWT. Thank you my love.

Difahamkan, Azad Jasmin mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman rumah mereka tanpa pengetahuan isterinya. Malah, dia turut ‘komplot’ dengan adik ipar untuk memberi kejutan kepada Eira. Rumah kediaman pasangan ini juga turut mempunyai mini surau.

Selepas 13 tahun tinggal di rumah flat hari ini, di bulan Ramadan yang mulia I hadiahkan you rumah ini. I harap you suka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!@KLM

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: OhBulan

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.