TERKINI 6 Negeri Ini Akan Jalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Melalui Rabu Ini!

Selepas beberapa hari berteka-teki mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab persoalan rakyat dalam perutusannya.

Menurut Muhyiddin, kerajaan memutuskan PKP akan dilaksanakan mulai jam 12.01 tengah malam Rabu 13 Januari selama 14 hari dan akan tamat pada 26 Januari 2020.

Bagaimana pun, perlaksanaan PKP ini hanya akan melibatkan 6 negeri dengan kes tertinggi iaitu Selangor, , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya, Melaka, Sabah, Johor,  dan Pulau Pinang.

Sepanjang tempoh PKP ini, sebarang aktiviti sosial TIDAK dibenarkan di kawasan yang terlibat.

Rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara manakala rentas daerah pula tidak dibenarkan di kawasan PKP.

Negeri-negeri yang dikenakan perlaksanaan PKP hanya dibenarkan keluar dalam radius 10KM dan hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk keluar membeli keperluan asas seperti makanan dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!@KLM

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.