Kajian Menunjukkan Memanggil Pasangan Dengan Nama Binatang Boleh Eratkan Hubungan Cinta?

“Puteri Markonah binti Azwak, sini kejap saya nak cakap sikit”

Apabila nama penuh anda disebut oleh pasangan dengan nada yang agak menyeramkan, anda tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

Maka bermulalah drama petang TV3 yang berlaku di antara anda dan pasangan, membuatkan hari anda kurang ceria. Hujahnya di sini, dengan nama panggilan sahaja anda sudah tahu mood pasangan anda. Nama panggilan juga menceritakan banyak perkara dalam sesebuah hubungan cinta.

Memanggil Pasangan Dengan Nama Haiwan

Tahukah anda, kajian menunjukkan bahawa memanggil pasangan dengan nama binatang boleh memberi kesan positif dalam sesebuah perhubungan.

Pernahkah anda memanggil pasangan dengan nama yang unik? Nama yang hanya akan disebut apabila anda berdua dan bukannya di hadapan orang lain. Jika jawapan anda adalah ya, itu tandanya hubungan anda sangat kuat dan penuh persefahaman.

Sebagai contoh, ada individu yang memanggil pasangannya dengan nama ‘Bunny‘, ‘Kitty‘ atau ‘Bear‘ untuk mengindahkan lagi sesebuah perhubungan. Kedengaran sedikit cringe dan menggelikan, tetapi panggilan manja seperti ini akan mengindahkan lagi hubungan anda!

Malah, survey ke atas 1000 orang yang dibuat oleh Online Doctor menunjukkan 87% responden lebih gemar memanggil pasangan dengan nama binatang untuk mengindahkan lagi hubungan cinta.

Hanya Jika Pasangan Anda Setuju!

Nama binatang yang dipanggil pula mestilah respectful dan tidak menyinggung perasaan anda. Jika pasangan anda memanggil anda dengan nama yang kurang digemari, itu tandanya pasangan anda tidak menghormati perasaan anda.

Jangan pula ada yang memanggil pasangan dengan nama ‘Babi’ atau ‘Anjir’ pula. Kubur yang makin dekat nanti, bukan pasangan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Psychology Today, Metro dan Business Insider.

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kajian Menunjukkan Memanggil Pasangan Dengan Nama Binatang Boleh Eratkan Hubungan Cinta?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*