“Abang Kakak Rider Yang Belum Makan Ambillah, Pelajar Pun” Belanja 100 Burger, Usaha Murni Insan Ini Dipuji Ramai

Krisis COVID-19 di seluruh dunia pastinya menjadi kebimbangan orang ramai ketika ini.

Namun, jika diambil secara positif, ketika ini jugalah kita dapat membantu dan menjaga antara satu sama lain.

Perkara ini dibuktikan apabila seorang individu menyalurkan bantuan dengan membelanja 100 burger untuk mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Hebahan tentang bantuan itu dibuat menerusi satu posting di Twitternya semalam.

“Hi abang kakak adik rider Foodpanda & Grab yang belum makan, kamu boleh pergi ke Tara Burger, Seksyen 13 untuk dapat burger percuma.

“Saya dah order 100 burger so siapa cepat dia dapat. Pelajar pun boleh ambillah satu dua,” katanya.

Menerusi posting tersebut juga dapat dilihat beberapa individu berkongsi gambar makanan yang telah diambil oleh mereka.

Malah, rata-rata netizen memuji usaha berkenaan dan diharapkan lebih ramai yang menyalurkan bantuan.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah:

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Abang Kakak Rider Yang Belum Makan Ambillah, Pelajar Pun” Belanja 100 Burger, Usaha Murni Insan Ini Dipuji Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*