Hospital Putrajaya Buat Lap0ran P0lis Terhadap Diva AA Dan Dayangku Intan Kerana Perl3keh Paramedik?

Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan COVID-19.

Dalam kenyataan pada Selasa, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata, video pertama dipercayai milik seorang selebriti yang mempunyai impak tontonan tinggi.

Video kedua pula adalah dari saluran YouTube, milik seorang lagi selebriti yang memperkatakan dan menyokong isu dibicarakan oleh pemilik selebriti pertama.

Difahamkan video yang dimaksudkan milik penyanyi Dayangku Intan yang telah diulang siar di akaun media sosial pengacara Azwan Ali.

https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1241708704967188483

Dalam video berkenaan, Dayangku memberitahu dia mengalami simptom demam, sakit kepala, sakit tekak dan badan yang segera ke Hospital Putrajaya untuk membuat pemeriksaan.

“Bila malam saya tak boleh tidur, jadi saya putuskan untuk ke Putrajaya (Hospital) untuk semakan.

“Sampai di kaunter kecemasan, tanya jururawat apa perlu buat sebab ada simptom demam, mual, sakit badan dan flu.

“MO tanya dengan ‘keras’ sama ada saya pernah berdepan kontak COVID-19 atau pulang dari luar negara. Kemudian dia suruh saya ke hospital swasta.

“Jadi saya rasa ditolak tanpa tahu saya berpenyakit dan ke klinik biasa untuk ambil ubat. Sekarang rasa rasa kepala macam nak pecah, tapi saya tunggu lagi seminggu,” kata Dayangku menerusi video di Facebooknya.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 9.30 malam pada 15 Mac lalu.

Sehubungan itu, Dr Nora’i berkata, isu berkenaan telah diperbesar-besarkan dengan perkataan-perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.

“Pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut,” katanya.

Beliau berkata, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan ditetapkan sepanjang mengendalikan wabak itu.

“Para petugas keletihan dan terpaksa mengenepikan ahli keluarga masing-masing demi tugas yang bahaya ini.

“Penularan ini telah memberi tekanan emosi kepada para petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, dan bukannya kata cacian dan kesat seperti ini,” katanya.

Dr Nora’i berkata laporan polis itu dibuat bertujuan mendapat tindakan sewajarnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang tidak menghormati tugas anggota paramedik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Facebook Dayangku Intan, Twitter Diva AA, Awani

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Hospital Putrajaya Buat Lap0ran P0lis Terhadap Diva AA Dan Dayangku Intan Kerana Perl3keh Paramedik?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*