Ungku Ismail Akui Rindu Nad Zainal, Sebelum Ini Ceria Sekarang Sunyi

Pelakon Ungku Ismail yang mengakui sedang rapat dengan aktress, Nad Zainal tidak berselindung bahawa dia rindukan teman wanitanya itu.

Memetik Harian Metro, Ungku Ismail berkata sejak Nad sakit, kehidupannya yang sebelum ini cerita bertukar sunyi serta rindu utuk meluangkan masa dengan aktres itu.

“Saya sayang dia sebagai manusia. Dia sangat baik dan bertimbang rasa. Saya juga rindu untuk meluangkan masa dengannya pergi makan berdua.

“Kami suka mencuba makanan di semua restoran di Kuala Lumpur. Apabila jadi begini tentulah lain jadinya. Apapun saya okey kerana ini adalah ujian untuk kami berdua,” katanya.

Ungku Ismail sempat berkongsikan mereka mula rapat ketika menjayakan penggambaran drama Cina Buta kemudian bersama-sama terlibat dalam program travelog.

“Cerita kami ini adalah selepas dia bercerai. Bila dia isteri orang, tak mungkin kami nak rapat. Saya mula rapat dengannya ketika kami bersama-sama menjayakan penggambaran drama Cina Buta.

“Selepas itu, saya mengajak dia merakamkan program travelog dan dia okey walaupun penggambaran itu membabitkan kos. Dia sanggup buat bersama-sama dan melabur. Kita tahu susah nak mencari pelakon yang boleh melakukan perkara ini bersama-sama tapi dia setuju dan suka,” katanya.

Mengakui tidak mampu menipu diri sendiri bahawa ada hati pada Nad, bagaimanapun Ungku Ismail berkata buat masa ini tidak dapat memberi kata putus mengenai hubungan mereka.

“Tipulah kalau saya cakap saya tiada hati. Cuma sekarang saya tak mahu berikan kata pasti atau kata putus, mengenai apa hubungan saya dengan dia.

“Kita sekarang mahu fokus pada kerja kita dan menjayakan travelog ini. Malah kami sepatutnya ke Jepun, esok tapi ia terpaksa ditunda dalam keadaan begini. Saya melaporkan perkembangan terkini Nad juga atas tanggungjawab sebagai sahabat,” katanya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata dalam keadaan Nad sedang sakit, sebagai teman rapat dia tidak boleh menjauhkan diri serta memohon orang ramai terus mendoakan buat aktres itu.

“Ibu bapa saya tak ajar begitu. Iyalah kami rapat, bila bangun pagi dapat mesej daripada dia. Jadi bila perkara itu tiada, saya rasa sunyi. Saya tak nak komen soal hati dan perasaan, tapi jujurnya ‘spark’ di antara kami kuat.

“Namun sejauh mana hubungan ini, kita doakan yang terbaik. Boleh cakap kami memang rapat dan sedang mencari sesuatu yang terbaik. Saya juga tahu ramai yang nak tengok sama ada betulkah saya akan bertahan. Saya pohon semua orang dan peminat terus mendoakan Nad Zainal kembali sihat seperti sediakala,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

SUMBER:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.