Ramai Tanya Mana Jekfer? Hun Haqeem Terp4ksa Kunci Mulvt, “Atas Sebab Tertentu Saya Pilih Untuk Tidak Menjawab”

Drama bersiri Kampung People 3 kini sudah memulakan tayangan di TV3 dengan menampilkan barisan pelakon yang sama.

Namun ketiadaan Jekfer yang dilakonkan oleh Hun Haqeem telah menimbulkan tanda tanya ramai.

Menjawab mengenai perkara itu, Hun atau nama sebenar Haqeem Hermy, 24, mengakui kecewa dan sedih kerana tidak terlibat dalam musim baharu drama popular terbitan TV3 itu, lapor mStar.

“Sejujurnya, mestilah saya rasa sangat sedih dan atas sebab-sebab tertentu saya pilih untuk tidak menjawab tentang ketiadaan saya itu.

“Apa sebab saya tak terlibat dalam musim ini mungkin ia adalah satu keputusan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu, Hun meluahkan rasa terharu apabila menerima komen daripada penonton yang memintanya untuk kembali membintangi siri berkenaan.

“Saya terharu dengan komen-komen yang diterima. Ramai yang mahukan Jekfer dalam siri itu. Saya tidak sangka watak tersebut begitu memberi impak kepada orang ramai.

“Sayangnya kali ini watak Jekfer tidak ada dalam drama siri popular itu.

“Mungkin selepas ini peminat masih dapat menonton Jekfer lagi. Siapa tahu jika mereka boleh tonton Jekfer di layar perak pula.” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

Selain Jekfer, drama fenomena ini turut dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Fizz Fairuz dan Namron.

Mesti ramai yang “frust” kan Jekfer tak ada! Agak-agak korang kenapa Hun tak berlakon untuk musim kali ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

SUMBER:cari

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.