“Yem Mula Tanya Emaknya, Saya Tenangkan Dia…” – Bek4s Suami Nad Zainal

Bekas suami Nad Zainal iaitu Faliq Amiruddin memaklumkan keadaan aktres itu sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan bertambah baik.

Memetik BH Online, Faliq memohon orang ramai mendoakan agar bekas isterinya itu segera sembuh. Faliq turut berkongsikan, Nad diperiksa oleh tujuh orang doktor.

“Keadaan Nad bertambah baik dari semalam. Doktor juga maklumkan ada penambahbaikan (dalam proses rawatan). Apa-apa pun, kita tidak boleh selesa sangat… Kita masih perlu berdoa untuk Nad.

“Saya dimaklumkan Nad diperiksa tujuh doktor. Hari ini, akan ada doktor baharu yang memeriksa Nad. Alhamdulillah, pendarahan dalam paru-paru dan perut sudah dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Faliq berkata kedua-dua anak mereka iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom berada dalam keadaan baik, namun anak sulungnya ada bertanyakan mengenai ibunya.

“Mereka bersama saya malam tadi. Pagi tadi, saya tinggalkan mereka sekejap untuk ke sini. Yem (anak sulung) ada bertanya mengenai emaknya. Saya tenangkan dia… Alhamdulillah, semuanya terkawal,” katanya.

Sementara itu, Faliq turut mengucapkan terima kasih buat rakan-rakan Nad yang menganjurkan bacaan Yasin dan mendoakan agar aktres itu segera sembuh.

“Terima kasih… Saya dengar ada kawan-kawan Nad yang baca Yasin. Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih. Saya mohon sahabat dan peminat doa yang baik-baik untuk Nad. Sama-sama kita bagi dia semangat agar terus kuat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

SUMBER:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.