“Julia Farhana Dan Hafiz Menyus4hkan!” Lufya Omar Pergi Mahk4mah, Tak Nak Marvah Dipij4k-Pij4k

Lufya Omar baru-baru ini memuat naik beberapa gambar memaparkan laporan polis dan dirinya berada di mahkamah.

Di Instagramnya, Lufya mendedahkan bahawa dia difitnah oleh Julia Farhana dan bekas suaminya, Che Hafiz dengan mendakwa dirinya menganggu, memfitnah pelakon tersebut malah dia juga didakwa membuat kecoh dan mengganggu bekas suami di klinik.

Katanya, dua individu tersebut telah menyusahkannya dari segi masa, tenaga, wang dan tugasnya sebagai ibu tunggal serta sengaja untuk menjatuhkan reputasinya dengan memalukan dan memfitnah dirinya.

“Laporan polis yang digembar-gemburkan di media sosial telah dimanipulasikan oleh 2 pihak yang tidak bertanggungjawab ini (tanpa sokongan bukti) bagi menjatuhkan reputasi saya, memalukan dan memfitnah saya. Lufya tidak boleh terima sama sekali.

“Laporan palsu dan fitnah yang kamu lemparkan terhadap saya adalah keterlaluan. Kamu berdua telah menyusahkan saya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan mengganggu tugas saya sebagai seorang ibu tunggal yang bekerja menyara anak.

“Beberapa minggu ini saya dipanggil berulang kali bagi membantu siasatan polis di balai Sg. Buloh dan Kota Damansara berkenaan saya mengganggu dan memfitnah aktres baru. Saya juga dikatakan telah membuat kecoh dan mengganggu bekas suami yang juga teman lelaki aktres itu di kliniknya,” tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)


Lufya juga menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya mengganggu bekas suami di klinik dan dia menjelaskan bahawa dia ke klinik tersebut kerana anaknya demam dan ingin bertemu dengan bekas suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)


“Saya hanya hantar anak yang sedang demam teringin bertemu dengan ayahnya. Lawatan ke klinik itu adalah secara kebetulan kerana anak ketika itu ke klinik bersebelahan dengan klinik bapanya. Saya hanya hantar anak yang terlalu rindu dengan bapanya dan menunggu di luar klinik. Saya telah dilaporkan ke polis oleh bekas suami yang membuat kekecohan sedangkan perkara itu tidak sama sekali berlaku (laporan tanpa bukti, cctv dan sebagainya),” jelas Lufya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz)

Disebabkan itu Lufya membuat keputusan untuk membuka siasatan lanjut selepas mendapat surat pemberitahuan dari pihak polis dan ke mahkamah bagi mendapatkan pembelaan ke atas dirinya dan anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

SUMBER:Cari

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.