Gelagat Aafiyah Selamba Panggil Ibunya ‘Mak Iti’ Buat Ramai Terhibur

Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ramai peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sekian lama mengikuti perkembangan penyanyi berkenaan baik dari segi kerjaya, kehidupan peribadi mahupun anak-anak kepada penyanyi pujaan mereka itu.

Jika dahulu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah diuji dengan 11 tahun penantian cahaya mata pertama kini penyanyi lagu Cindai itu berbahagia dengan kehadiran buah hati sulungnya Siti Aafiyah.

Rezeki penyanyi nombor satu negara yang mesra disapa Tokti itu semakin melimpah ruah apabila dikurniakan lagi seorang cahaya mata lelaki pula.

Tumpuan Tokti kini lebih kearah perniagaan dan kehidup an peribadi memandangkan beliau mempunyai dua orang anak yang sedang membesar.

Pasti ada sahaja akal kanak-kanak berkenaan yang menarik perhatian dan mencuit hati para peminat. Menerusi laman instagram, Tokti berkongsi video gelagat anaknya serta aktiviti terkini anaknya itu buat tatapan para peminat beliau.

Terbaru menerusi muat naik di laman Tiktok watieysoong, tular satu video yang memaparkan gelagat Aafiyah yang dilihat sedang bermain dengan adiknya iaitu Afwa dan beberapa orang kanak-kanak yang lain.

Namun apa yang mencvri tumpuan ialah gelagat si cilik tersebut yang selamba memanggil ibunya dengan gelaran Mak Iti, sambil Tokti ketawa melihat kerenah anak sulungnya itu.

“Aafiyah pun panggil ibu dia Mak Iti,” tulis Tiktok watieysoong menerusi video.

Video:

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 590.7k tontonan, 26.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Aafiyah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

SUMBER: tiktok watieysoong

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.