Aishah Ger4m Netizen ‘Mulvt Pvaka’ Sindir Penampilannya… “Kalau Tiada Benda Baik Nak Tulis, Diam Saja”

PENYANYI Datuk Aishah menegur tindakan segelintir netizen mempersendakan bentuk badannya yang kini semakin kurus dan langsing.

Menjawab komen negatif yang diterima di media sosial itu, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka kerana ia merupakan isu sensitif bagi sesetengah orang.

“Beberapa hari lepas saya muat naik video sedang melakukan sound check untuk satu persembahan dan kebetulan waktu itu saya demam dan tiada mood untuk bersiap. Jadi ada segelintir netizen yang memberi komen negatif tentang penampilan saya.

Aishah luah rasa lebih sihat selepas mengamalkan cara pemakanan sihat

“Ada yang kata saya seperti tiada arah apabila kurus.

“Ada juga yang kata waktu saya gemuk lagi terlihat cantik berbanding sekarang,” katanya.

Penyanyi lagu Pulanglah ini membalas kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Segala yang kita komen nanti akan ditanya di akhirat. Jadi lebih baik diam kalau tiada perkara untuk dikata.

“Tak perlu nak sakitkan hati orang lain demi kepuasan diri sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, menjengah ruangan komen, peminat mempersoalkan tindakan individu berkenaan menulis komen negatif berkenaan.

Netizen puji Aishah lihat lebih aktif ketika tampil membuat persembahan

“Pelik orang zaman sekarang ini. Kalau gemuk, nanti jadi bahan jenaka. Apabila kurus, marah pula. Netizen nak apa sebenarnya.

“Saya suka tengok kak Aishah yang sekarang sebab nampak lebih selesa bila menyanyi. Suara pun masih lunak merdu. Semoga Allah lindungi kak Aishah dari kata-kata yang buruk,” komen pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

SUMBER:mstar

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.