Pegawai JKM Sahkan Bella Ketakvtan & Kurus Ketika Dirawat Di Hospital, Siti Bainun Cakap Kena Air P4nas

Seorang Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan kepada pihak Mahkamah Sesyen bahawa keadaan remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella berada dalam ketakutan dan kurus ketika dia dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Julai 2021.

Berada dalam ket4kutan ketika dirawat

Menurut Penolong Pegawai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Mohammad Imran Mohamed Zanyuin yang merupakan saksi ke-12, pada 4 Julai 2021, Bella dilihat seperti tidak gembira dan remaja terbabit berjalan dalam keadaan tunduk tanpa ingin melihat sesiapa serta tangannya turut berbalvt.

Pada 4 Julai 2021, saya ke HKL saya ada pergi lihat Bella secara fizikal dan saya nampak muka Bella berparvt, keadaan kurus, Bella juga tidak senyum serta ketakutan,  berjalan dia tunduk tidak pandang orang lain dan kedua-dua tangannya berbalut.

Ujarnya lagi, sebelum Bella dirawat di HKL, dia menerima mesej melalui WhatsApp daripada Siti Bainun Ahd. Razali yang mengatakan bahawa Bella terkena air panas pada ketika itu. Dalam perbualan itu, Siti Bainun turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan keadaan tangan dan bahagian kepala Bella yang dipercayai terkena air p4nas.

Siti Bainun ada mengatakan dia telah ke hospital mengambil ubat spray kuning, saya ada katakan kenapa tidak bawa Bella sekali dan Siti Bainun menjawab, bimbang dikatakan ‘buat’ Bella.

Apabila dia bertanya kepada Siti Bainun bagaimana keadaan Bella selepas kejadian berkenaan, Wanita terbabit hanya memaklumkan bahawa remaja itu dijaga oleh anak-anak yang berada di rumah.

Saksi pernah nampak Bella

Dalam pada itu, saksi turut mengakui pernah terserempak dengan Bella selepas dijaga Siti Bainun pada Februari 2021 di Mahkamah Kuala Lumpur di mana ketika itu remaja tersebut kelihatan gembira.

Tambahnya, berdasarkan persetujuan asal, kanak-kanak terbabit tidak sepatutnya ditempatkan di rumah Bonda, namun sebaliknya di kediaman keluarga Siti Bainun di Ampang.

Malah, dia turut berpendapat bahawa kanak-kanak seperti Bella perlu diawasi pihak lain selain daripada Siti Bainun dan sistem sokongan keluarga juga penting bagi memastikan keselamatan remaja tersebut terjamin.

Difahamkan, Bella sebelum ini ditempatkan di JKM di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan sejak 2011 hingga 2020 sebelum Siti Bainun mengambil keputusan untuk menjaga remaja berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber : Kosmo

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.