“Memang trend bercinta dengan suami orang eh?” – Fizi Ali Tuju Pada Siapa?

Hantaran terbaharu penyampai radio Suria FM, Fizi Ali menerusi InstaStory yang menyentuh tentang ‘bercinta dengan suami orang’ dan ‘prampas’ mengundang tanda tanya pengikutnya.

Menerusi dua hantaran berbeza, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin bagaimanapun tidak menyebut nama sebarang individu dalam penulisan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)


Salah satu InstaStory memaparkan penyampai radio berusia 33 tahun itu seolah-olah mempersoalkan sekiranya kini ‘musim’ golongan wanita menjalin hubungan cinta dengan suami orang.

“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya,” tulis Fizi semalam.

InstaStory berikutnya pula memperlihatkan dia seperti memberi bayangan mengenai seorang individu yang masih belum insaf selain bertindak sebagai ‘peramp4s’.

“Ingatkan dah insaf. Sambung balik tu. Haish, tahniah la si prampas, sesuai la dedua tu prampas,” kata Fizi lagi.

Sebelum ini, Fizi didakwa hampir hilang sabar sebelum meluahkan kemar4han terhadap bekas isterinya yang juga pelakon Shakilla Khoriri.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai tiga tahun selepas itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)


Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber: Instagram Fizi Ali

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.