[VIDEO] “Alhamdulilah hadiah hari jadi ibu..” – Anak Bongsu Shuib Sudah Pulang Ke Rumah

Pelawak terkenal, Shuib sebelum ini, memaklumkan dia akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di hospital. Difahamkan, pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama anak beranak ini dan Shuib menjelaskan anak bongsunya mempunyai iras seperti wajahnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelawak Shuib memaklumkan berita gembira anak bongsunya, Ayash Affan sudah pun boleh pulang ke rumah hari ini.

Dalam posting tersebut, Shuib meluahkan rasa syukur Allah hadiahkan kepulangan Ayash sehari sebelum hari lahir arwah isterinya esok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

‘Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka’

Terbaru, menerusi posting yang dimuat naik di Instagram Allahyarham Siti Sarah, memaparkan momen pertemuan empat beradik ini. Difahamkan, anak kepada pasangan ini iaitu Uwais, Talita, dan Matin begitu ‘teruja’ akan kehadiran adik bongsu mereka dan kerap bertanyakan akan keadaan Ayash Affan ketika dia berada di hospital.

Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari-hari tanya pasal Ayash. Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawa balik Ayash.

Pada masa yang sama, pengendali akaun Instagram Allahyarham Siti Sarah, turut mengucapakan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menitipkan doa buat keluarga ini.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arw4h Sarah.

Sepatutnya esok hari lahir arw4h yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arw4h. Terus doakan kesejahteraan arw4h di sana, Al-Fatihah.

Video penuh:

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meningg4l dunia 9 Ogos lalu, selepas ditidurkan dan bertarvng ny4wa melaw4n v1rus C0vid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber: Siti Sarah Raisuddin

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.