‘Aku Mau Pergi Pantai, Boleh Ka?’ – Lama Terkvrung Di Rumah, Cel0teh Si Kecil ‘Meng4du’ Pada KKM Bikin Terhibur

Pandemik Covid-19 yang melanda negara sememangkan telah membat4skan pergerakan kita teruatamanya kanak-kanak.

Namun, berbeza pula ceritanya kali ini apabila ada seorang kanak-kanak ‘meluahkan’ perasaannya dengan meminta ‘kebenaran’ daripada KKM untuk keluar bersiar-siar.

‘KKM boleh ka sudah keluar budak-budak?’

Video rakaman suara seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama Aisyah itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu Cik Nana (jnhjhd). Menerusi video pendek itu memaparkan perbualan suara di WhatsApp di antara Aisyah dan Cik Nana. Aisyah kononnya ‘bertanya’ kepada Kementenrian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada kanak-kanak sudah dibenarkan keluar rumah ataupun tidak kerana dia ingin pergi berkelah di pantai.

Aisyah dengan loghat Sabah sempat mengadu bahawa dia sudah lama terkurung di rumah. Menurut Cik Nana, topik perbualan itu mula tercetus selepas Aisyah melihat berita di televisyen ada ibu bapa yang sudah mula membawa anak-anak berkelah di tepi sungai.

KKM boleh ka sudah keluar budak-budak. Lama sudah aku terkurung di rumah. Aku mahu pergi pantai, boleh ka? Aku nampak di berita di KL boleh sudah budak-budak itu keluar. Boleh ka? Patut bah aku di rumah terus terkurung? Cik Nana selalu mar4h-mar4h.

Petahnya adik bercakap

Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 400k tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakan netizen terhibur mendengar cel0teh anak kecil itu. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan Aisyah seorang kanak-kanak yang bijak selain petah berbicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber: Jnhjhd

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.