Ini Penjelasan Menteri Mengapa Tiada Kel0nggaran Untuk Orang Bujang Rentas Negeri

Terdahulu, pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad menyatakan mana-mana pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaks1n d0s lengkap dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing bermula 10 Ogos.

Selain pasangan suami isteri, ibu bapa yang telah mendapat vaks1n d0s lengkap juga dibenarkan berbuat demikian untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Kemudahan-kemudahan itu terpakai untuk individu yang telah menerima vaks1nasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menyenaraikan golongan bujang yang sudah lengkap divaks1nasi.

Hal ini menurut penjelasan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pihaknya melihat kepada risik0 untuk membenarkan mereka yang bujang merentas negeri atau daerah yang mana jumlahnya begitu besar.

Justeru, pihaknya akan mempertimbangkan kemudahan merentas negeri bagi individu bujang lengkap vaks1nasi, selepas menilai pelaksanaan kemudahan itu terhadap ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak berusia 18 tahun.

“InsyaAllah, kalau ini dapat dijayakan dan jumlah yang kita tengok daripada keputusan ini tidak menyebabkan jumlah kes COVID-19 meningkat, tidak ada sebab kita tidak dapat untuk masa-masa akan datang memperluaskannya kepada mereka yang bujang.

“Jumlah mereka (individu bujang) kalau kita buka kepada mereka, jumlahnya begitu besar dan risik0 yang terpaksa kita p1kul terlalu tinggi.

“Itu mungkin akan menimbulkan masalah yang lain kalau tidak ada disiplin, tidak patuh SOP, kita tidak mampu memantau dan juga kuat kuasa apa yang telah diumumkan,” katanya pada sidang media.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @LAWAKMALAYSIA

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @LAWAKMALAYSIA

Sumber: Awani

PERHATIAN: Pihak @LAWAKMALAYSIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @LAWAKMALAYSIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.