‘Muka Hensem Tak Boleh Beli Ferrari Pun’ – Ain Edruce Mengakv Lihat Harta Dari Rupa

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui lebih memandang pada harta berbanding rupa apabila berbicara tentang memilih pasangan.

Menerusi episod empat Borak Kelamin yang bakal ditayangkan pada 9 malam ini, Ain berkongsi sama ada perkahwinan itu patut berlandaskan pada rupa atau harta.

Jelas Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, dengan situasi pandemik sekarang, penting untuk seorang wanita memilih bakal suami yang mempunyai asas kewangan yang kukuh.

” Dulu-dulu rancang selepas kahwin nak jadi suri rumah je sebab mak saya suri rumah.

” Jadi mindset dah tetapkan nak cari suami kaya. Kemudian bila bercinta tak jadi, buat saya masuk dalam industri seni tanah air untuk cari duit sendiri.

” Contoh sekarang dengan tempok Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengndung lagi…

” Saya bila mengandung memang tak ambil kerja. Jadi kalau suami sendiri tak kukuh dari segi kewangan, saya pun tak tahu nak survive macam mana,” ujarnya.

Episod pada malam ini turut disertai pakar motivasi wanita Dr. Robiah K. Hamzah untuk mengupas sejauh mana status kewangan, tanggungjawab dan rupa paras membawa kepada kebahagiaan atau keruntuhan rumah tangga.

” Kewangan merupakan salah satu punca terbesar dalam pencraian pasangan berkahwin kini.

” Waktu pandemik ni, pasangan yang datang nak bercrai tu tak berhenti dan mereka banyak terdiri daripada golongan berpendidikan,” kata Dr. Robiah.

Tambah Ain lagi, ada wargamaya yang membandingkan rupa paras dia dan suami, pernah membuatkan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa berkecil hati.

” Suami saya Amirul sejujurnya mestilah terasa bila orang bandingkan rupa kami tapi saya tak pernah tanya dia.

” Saya hanya pesan kat dia, biasalah netizen ni mulut diorang main cakap je. Kita tak tahu muka diorang macam mana. Yang menaip tu, muka dia macam mana.

” Yang paling penting, saya bukan jenis tengok rupa. Muka handsome tak boleh beli Ferrari pun.

” Sebagai perempuan, lelaki yang ada kewangan yang kukuh sangat penting. Saya rasa harta tu bonus,” jelasnya lagi.

Jika ingin tahu manakah yang lebih penting, harta atau rupa, tonton Borak Kelamin yang ditayangkan selama 60 minit ini secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul pada 13 Disember 2019 dan kini sedang sarat hamil tujuh bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!@KLM

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber:trendingsangat

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.