“Betvl Saya Mem4ng Akan ambil Tlnd4kan und4ng-und4ng,” Janna Nick Moh0n M4af Isu ‘Lisa Blackplg’, Individv Mvlakan Prov0kasi, Buat Ugvtan Jen4yah Kini Dibvru

Pelakon dan hos, Janna Nick memilih untuk mengambil tlndakan vndang-vndang terhadap pengguna media sosial yang memulakan prov0ksi apabila kembali berkongsi semula video lama yang mengaitkan dirinya dengan kematlan anggota kumpulan SHINee, Jonghyun yang menlnggal dvnia pada 2018.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner pada masa sama turut tampil memohon m4af secara terbuka kepada semua pihak yang tergores hati dengan kapsyen ‘Lisa Blackpig’ yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi produksi miliknya, baru-baru ini.

Perkara tersebut buat pelakon berusia 26 tahun itu menerusi sidang media khas yang dilangsungkan secara virtual hari ini.

“Apa yang boleh saya katakan mengenai isu video tular tersebut, kita telah ambil tindakan yang serius, masih dalam siasatan.

“Dan memang saya akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang telah memulakan provokasi dan memulakan fitnah terhadap saya.

“Untuk isu Lisa Blackpig, saya sebagai pengarah dan produser untuk telefilem Delen, mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati, terguris hati akan kapsyen tersebut,” katanya lagi.

Hadir sama pada sidang media itu ialah peguam yang mewakili Janna, Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates yang antara lain turut memberi penjelasan terhadap isu tular serta fitnah yang dilempatkan, selain tindakan undang-undang yang bakal diambil pelakon terbabit.

Ben berkata, laporan p0lis sudah dibuat termasuk aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu yang masih lagi dalam si4satan lanjut.

“Anak guam saya akan meneruskan tind4kan undang-undang terhadap individu yang menularkan semula video mend4kwa dia mempers3nda kematian seorang bintang K-Pop pada 2017 lalu.

“Sebelum ini, Janna juga sudah memberi penjelasan dan memohon maaf mengenainya, namun ditularkan semula di media sosial sehingga anak guam saya menerima pelbagai kec4man.

“Menerusi insiden berlaku ini, Janna menerima beberapa ugvtan jen4yah, ugutan bvnuh, fltnah dan dakw4an palsu yang memerlukan tindakan serius diambil untuk keselamatan,” tegasnya.

Bagaimanapun, Janna dan pihak peguam tidak mahu mengulas lanjut kerana kes terbabit masih dalam proses siasatan.

Isnin lalu, Janna dalam kenyataannya menjelaskan sudah membuat laporan p0lis dan SKMM serta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah, ugutan dan komen keterlaluan terhadapnya.

Janna turut menafikan dia menggelar atau menyamakan Lisa BLACKPINK sebagai Lisa BLACKPIG.

“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai Lisa BLACKPIG adalah terpesong sama sekali.

“Sebagai seorang individu yang juga meminati budaya Korea Selatan dari segi industri hiburan, budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan pelancongan, tohmahan terhadap saya adalah sangat tidak berasas,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Selain itu, Janna menjelaskan dia tidak pernah sama sekali mempersenda kematian penyanyi Korea Selatan, Kim Jong-hyun pada 2017 sebagaimana yang didakwa.