Pengarah Takdir Yang Tertulis Jawab Isu Adegan Kejar Per4gut Bermotor Sambil Berlari

Sekiranya anda merupakan penonton drama Takdir yang Tertulis lakonan Nad Zainal dan Nazim Othman pastinya anda cukup tahu dengan babak viral yang berlangsung pada episod baru-baru ini. Malah, babak ini turut tular di kalangan netizen di media sosial.

Semuanya bermula apabila beg tangan Juweta yang dilakonkan oleh Nad Zainal dir4gut oleh peragut bermotor. Sebagai langkah untuk ‘menghalang’ per4gut, Ean lakonan Alvin Chong terus turun daripada kereta Mini Cooper untuk berlari mengejar per4gut.

Babak ini bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan malah membuatkan para penonton ketawa terbahak-bahak. Anda boleh tonton video di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut.

Turut mendapat perhatian netizen Indonesia

Babak yang dikatakan agak membingungkan ini bukan sahaja tular di kalangan netizen di Malaysia malah sejak mulai di muat naik di media sosial, babak ini turut menjadi perhatian netizen di luar negara termasuk di Indonesia. Berikut antara komen para netizen di Indonesia mengenai babak ini.

Berdasarkan komen para netizen di Indonesia, ternyata mereka juga turut bingung dengan babak ini sekaligus bertanyakan fungsi kereta dalam mengejar peragut. Lebih lucu apabila terdapat netizen Indonesia yang mengatakan drama Takdir Yang Tertulis adalah drama dari Korea.

Jawapan balas daripada pengarah Takdir Yang Tertulis

Meskipun menjadi bahan tawa dan kecaman daripada para netizen, pengarah Takdir Yang Tertulis dengan sempoi menjawab persoalan ramai mengenai babak yang sedang viral ini.

Menurut Shahrulezad Mohameddin selaku pengarah drama Takdir Yang Tertulis di Instagram beliau, babak tersebut dirakam sekitar jam 12 tengah malam di mana beliau bersama para krew semuanya sedang keletihan. Babak tesebut dikatakan tidak disengajakan dan tidak ada krew yang perasan dengan situasi yang berlaku sewaktu babak tersebut dirakam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)


Beliau dikatakan mulai menyedari mengenai babak berkenaan sewaktu ditegur oleh editor selepas proses penggambaran tamat. Dengan harapan netizen ‘tidak perasan’, babak berkenaan telah dimasukkan di dalam drama sekaligus menjadi buah mulut netizen.

Shahrulezad Mohameddin turut memohon maaf atas kesilapan yang berlaku serta mengakui kesilapan yang dibuat. Beliau juga turut membandingkan kesilapan drama yang dibuat dengan drama negara luar turut tidak lari daripada kesilapan-kesilapan kecil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!@KLM

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan pengarah drama ini kerana sekaligus membuatkan drama Takdir Yang Tertulis menjadi popular sekaligus membuatkan orang ramai berminat untuk menonton drama daripada pengarah filem Nur ini.