Pemuda B0rong Nasi Lemak Gerai, Minta Pakcik Sedek4h Pada 0rang Susah

Setiap peniaga pasti mahu barangan atau makanan yang dijual laku dan mampu dijadikan sebagai sumber pendapatan. Namun, setiap rezeki itu datang daripada Allah SWT dan kita harus percaya dengan rezeki diberikan.

Menerusi perkongsian seorang pemuda di aplikasi TikTok, dia berkongsi kisah mengenai seorang pakcik yang memulakan perniagaan makanan seperti nasi lemak dan kuih-muih seawal jam 4.30 pagi.

4.30 pagi dah keluar rumah

Menerusi perbualan dirakam pemuda bernama Ariff Lubis itu, dia telah membeli sebanyak RM30.00 dan meminta agar peniaga tersebut memberi secara percuma kepada insan yang memerlukan.

Selain itu, pakcik berkenaan juga sempat memberitahu seawal jam 4.30 pagi dia sudah keluar rumah untuk membawa makanan yang dijual ke gerai tersebut.

Beliau turut bersyukur kerana setiap hari makanan yang dijual di lokasi terletak di Ayer Keroh, Melaka itu habis terjual selain sempat bersedekah makanan kepada Ariff.

Semoga diluaskan rezeki

Perkongsian video berdurasi 58 saat itu menerima reaksi warganet yang memuji tindakan murni Ariff yang disifatkan memberi inspirasi untuk terus bersedekah selain mendoakan agar pakcik itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga urusan pakcik dipermudahkan

Susah nak dapat nasi lemak daun pisang sekarang

Sebagai peniaga, memang harus melalui pasang surut musim perniagaan. Apa pun, diharapakan agar pakcik sentiasa kuat dan bertenaga untuk terus mencari rezeki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!@KLM

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: TikTok Ariff Lubis

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.