Sindiket ‘Cuci Duit’, Tiga Pegawai Dan Dua Anggota P0lis Ditah@n

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima anggota polis ditahan, disyaki terlibat sindiket ‘cuci duit’ berkait dengan perniagaan selebriti tanah air sebelum ini.

Tanpa memperincikan butiran lanjut kes itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara berkenaan, ketika dihubungi Bernama malam ini.

Lima anggota polis ditahan

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pegawai dan dua anggota polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini, hanya lima anggota polis ditahan manakala siasatan kes ini (sindiket ‘cuci duit’) saya serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan…”

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata kes ‘cuci duit’ berkenaan mempunyai kaitan dengan macau scam, katanya ringkas.

Pegawai polis terlibat dalam sindiket ‘cuci duit’

Sementara itu, menurut sumber SPRM, suruhanjaya itu telah menemui sejumlah wang tunai kira-kira RM100,000 di kediaman seorang daripada pegawai polis yang ditahan.

“Pegawai polis itu kini ditahan bagi membantu siasatan kes itu…”

Hari ini, Bernama melaporkan polis sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial berhubung penglibatan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’.

Sebelum ini, Bernama melaporkan SPRM memanggil sepasang suami isteri bergelar artis, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.