S4yu Lihat Tang!san Anak Kecil, Ebit Lew Datang Ziar4hi 2 Beradik Keh!langan Ibu

Semalam, kita dikejutkan dengan berita seorang ibu yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika mahu bergegas  ke tempat kerja.

Lebih memilukan apabila anak-anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal lain terduduk hiba setelah mengetahui jasad ibunya sudah kaku di tengah jalan ketika melalui jalan yang sama.

Santuni anak2 kehilangan ibu

Kisah hiba itu bukan sahaja mengundang sebak warganet, malah membuatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut sama terkesan dengan kejadian tersebut.

Oleh hal yang demikian, beliau sempat menziarahi kediaman adik Fatihah Aina, 7 dan abangnya yang berusia 18 tahun untuk bertanyakan keadaan mereka.

Tampil beri kata2 semangat

Dalam perkongsian tersebut, Ebit telah memberikan kata-kata semangat buat mereka serta menghulurkan hadiah serta sumbangan kepada kedua-duanya.

Beliau turut mendoakan agar dua beradik itu kuat menempuhi dugaan selain mengucapkan terima kasih kepada guru-guru sekolah atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan pelajarnya.

Sayu rasa lihat mereka menangis

 

View this post on Instagram

 

Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik motor nampak maknya baru kemalangan masa nak pergi kerja. Motor lain. Arwah kerja cleaner.. Ya Allah. Adik berdua tinggal bersama neneknya. . Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menangis dan nak peluk saya. Terasa macam keluarga. Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat. Dia kata sayang saya sambil menangis. Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya. Abang Fatihah baik sangat adik ni. ada buku tulisan saya. Dia kerja kebun getah sebelum ini. Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman. Jauh juga. Katanya masa tu dia peluk saya di pentas. Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri. Saya masih ingat. Ya Allah. Dua-dua macam nak bercerita lagi. Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak. Rindu nak jumpa dalam syurga. Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga. Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus yer.. . Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain. Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, syapik hasan, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar. Terima kaseh cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa simpati atas ujian yang menimpa dua beradik berkenaan.

Warganet turut sama mendoakan agar mereka berdua kekal tabah dan kuat menempuhi dugaan ini serta berharap agar roh ibunda mereka ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman.

Terima kasih ustaz tenangkan mereka

Semoga adik2 terus dibawah lindunganNya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.