“Kita Jual Bakat Dan Bukannya Kisah Perib4di” Qody Rany Anggap Kahwin Bukan Hal4ngan Untuk Jadi Artis

STATUS sudah berkahwin tidak menghalang penyanyi Qody Rany untuk berada dalam industri seni memandangkan masyarakat kini lebih terbuka mengenai perkara itu.

Menurut Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, kehadirannya dalam dunia hiburan bukan untuk menjual kisah peribadi sebaliknya mahu menonjolkan bakat.

Qody akan tunjuk mesej daripada peminat wanita kepada isterinya.

“Minda masyarakat kita dah terbuka sebenarnya. Tidak semestinya kita berkahwin atau sudah berpunya, orang tak boleh meminati kita.

“Yang kita jual adalah bakat dan bukannya kisah peribadi. Saya terima banyak mesej-mesej wanita di Instagram tetapi semuanya saya layan sebagai peminat.

“Kalau ada mesej yang lebih-lebih sangat pun, saya akan tunjuk pada isteri. Saya berada di Big Stage 2020 ni pun menumpang rezeki isteri.

Yang bekerja adalah saya jadi biar saya seorang sahaja yang dikenali.

QODY RANY

PENYANYI

“Sebab saya memang tunggu peluang masuk pertandingan ni dah lama dan baru tahun ni dapat,” kata Qody kepada mStar.

Qody mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah Mohd Fuad pada 5 Mac yang lalu di Pulau Langkawi, Kedah.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga Big Stage 2020 ini memberitahu isterinya juga tidak mahu terlibat atau menonjol dalam dunia hiburan.

Qody berkata Atiqah mahu menjadi seperti isteri kepada pelakon Datuk Rosyam Nor yang sentiasa berada di belakang memberi sokongan kepada suami.

Qody enggan terlalu berkongsi kehidupan peribadinya.

“Ya betul saya kini bergelar seorang suami tetapi untuk melibatkan atau menonjolkan dia, isteri saya sendiri tidak mahu dan saya menghormati permintaan dia.

“Dia ada beritahu kalau boleh nak jadi macam isteri Datuk Rosyam Noor, yang sentiasa memberikan sokongan pada suami secara belakang tabir.

“Yang bekerja adalah saya jadi biar saya seorang sahaja yang dikenali. Bukan sahaja isteri, malah keluarga pun saya jarang pamerkan di laman sosial.

“Saya tak mahu apa benda yang saya tersalah buat, tempias tu terkena pada keluarga saya pula,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.