K0ngsi Gambar Throwback Zaman Budak, Raja Afiq, Soffwany Dah ‘Kawan’ Sejak Kecil? Ini Penjelasannya…

Penyanyi yang juga bintang Suara Viral, Soffwany memuat naik sekeping foto lama ketika zaman kanak-kanak yang memaparkan dirinya bersama suami, pelakon Raja Afiq di Instagram.

Gambar tersebut kemudian mengundang persoalan dalam kalangan netizen yang menyangkakan bahawa pasangan tersebut sudah mula mengenali antara satu sama lain sejak zaman budak lagi.

“Kecil-kecil memang dah kenal ke?..comel,” komen @marzita84.

“Alahai, dari zaman kecil lagi dah berkawan ya..kuat jodoh,” tulis @fau_bee.

“Seriuslah mereka dah kenal dari kecil?,” tanya @sakinah.asmara.


Bahkan, ramai juga yang menyifatkan jodoh mereka memang cukup kuat lebih-lebih wajah kedua-duanya dikatakan seiras sewaktu kecil.

“Alaaa, comelnya, Kecil-kecil pun iras dah,” tulis mommyhana_my

“Uissh muka samalah, memang jodoh kuat!,” komen adamcole8204

Begitupun, Soffwany ketika dihubungi Gempak menjelaskan bahawa gambar tersebut sebenarnya sudah menjalani proses suntingan.

“Gambar ni edit, tapi mereka banyak ingat gambar betul (diambil bersama ketika kecil).

“Afiq masa tu berumur 6 tahun, saya pula berumur 5 tahun. Saya cuma guna aplikasi Split Camera,” jelasnya ringkas.

Bahkan Soffwany turut berkongsi kepada Gempak, gambar asal sebelum disunting.

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan pada 19 September 2020.

Sebelum ini, berita percintaan mereka mencuri tumpuan selepas Raja Afiq bertunang secara senyap dengan Soffwany pada Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.