UPSI Bagi Kerjasama, Ustaz Ebit Lew Sediakan Bas Percuma Hantar Pelajar Pulang

Jika sebelum ini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah membuat permohonan maaf kepada pihak pentadbiran Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), kerana tidak mendapatkan kebenaran menghantar siswazah pulang ke destinasi asal.

Ia susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh pihak MPP UPSI, membuatkan pendakwah tersebut menangguhkan sementara penghantaran 20 buah bas percuma untuk para siswazah di universiti tersebut.

Berjaya hantar pelajar pulang

Bagaimana pun, dalam muat naik terbaru di Facebook, difahamkan Ustaz Ebit telah mendapat kerjasama daripada pihak pentadbiran UPSI untuk menyediakan dua buah bas bagi membawa pulang pelajar dari UPSI ke Kelantan dan Terengganu.

Dapat kerjasama dengan UPSI

Ustaz Ebit berkata, dia telah menyediakan lima buah bas percuma mengikut keperluan pelajar, malah duit poket juga turut disediakan.

“Seronok tadi. Baik-baik semuanya. Terima kasih Dato VC dan pihak pentadbiran upsi semuanya termasuk MPP dan warga UPSI yang amat saya hormati dan sayangi…”

Baguslah boleh bagi kerjasama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian terhadap pihak UPSI yang sudi memberi kerjasama untuk membantu para siswazah.

Kan senang kalau permudahkan urusan orang

Sentiasa balas dengan kebaikkan

Beginilah yang sepatutnya berlaku, tiada pergaduhan dan bertikam lidah, kedua-dua belah pihak berbincang secara baik dalam menyelesaikan masalah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Ustaz Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.