“Kakak Semalam Menang!s Ayah Nak Pergi Kerja…” Dua Beradik M@vt Ditemui Lem@s

Kanak-kanak perempuan dan lelaki ditemui lemas dalam kolam tadahan air hujan di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera, Kajang semalam.

Dua mangsa yang ditemukan lemas itu dikenali sebagai Nur Farisah Rozilah berusia 10 tahun dan Mohd Rayan Ikram, 8 tahun.

Adik beria nak pakai baju baru

Nenek saudara mangsa Nik Hasnah Yusof berkata kedua-dua mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.

“Cuma si adik beriya memberitahu ibunya dia hendak memakai baju baharu pagi tadi manakala yang si kakak pula tidur lewat semalam selain menangis apabila ayahnya hendak balik bekerja di Johor…”

Nik Hasnah yang reda dengan kejadian itu berkata  mangsa kebiasaannya tidak pernah pergi ke kawasan tadahan air itu dan hanya bermain basikal di sekitar kawasan taman berdekatan.

Ibu terus terduduk tengok jenazah anak

Perkarangan unit forensik turut diselubungi suasana pilu dengan kehadiran ahli keluarga yang hadir setelah mengetahui kejadian itu.

Ibu mangsa yang ditemui di hospital kelihatan sedih malah sesekali membuat panggilan telefon dengan suaminya yang baru sahaja  bertolak ke Johor dan terpaksa berpatah balik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kawasan tadahan air sebuah kawasan taman perumahan di situ berada dalam keadaan berpagar dawai, namun banyak yang telah rosak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.