Ashraf Muslim Pesan Jangan L4nggar SOP, “C0vid Tidak Mengenal Kita Siapa …”

Pelakon Ashraf Muslim memberi peringatan kepada semua pihak untuk tidak mengambil mudah dan leka dengan COVID-19.

Menurut Ashraf, 39, Tatacara operasi standard (SOP) harus dipatuhi bagi mengelakkan peningkatan kes baharu yang sudah mencatat 432 sehingga semalam (Isnin).

“Nasihat AM, berhati-hatilah dan jangan ambil sambil lewa dengan Covid nih. Mungkin korang tak kena Covid lagi sebab tu ambil mudah je.

“Yer memang lepas je Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita semua bersungguh-sungguh menaikkan ekonomi keluarga masing-masing tapi perlulah jaga SOP sebaik mungkin.

“Sayanglah dah elok-elok bilangan Covid 1 angka bertambah jadi 3 angka dan malangnya dah 4 hari berturut-turut pulak tu. Nak PKP balik ke?

“Kalaulah berlaku SOP payahlah kita semua, banyak benda nak kena cover dari segi komitmen masing-masing. Susah nak kerja dan lagi susah perniagaan makin down.

“Jadi dengan keadaan sekarang sama-sama kita menjaga SOP dan kebersihan sebaik mungkin. Jangan banyak sangat lepak dan pergi di tempat ramai,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah pelakon drama Mr Boss Miss Stalker, dia menegaskan virus ini tidak mengenal erti pangkat dan kedudukan seseorang itu.

“Covid tidak mengenal kita siapa. Anda kaya ke? Miskin ke? Dato ke Tan Sri? Badan sado ke kurus kering? Makan suplement hari-hari atau tak makan? Covid ni belasah semua.

“Balik rumah cepat-cepat mandi jangan ada sentuhan dengan keluarga, mandi dulu! Pastu nk buat apa buatlah,” tulis Ashraf.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim turut berpesan kepada pesakit yang dijangkiti agar tidak berasa sedih dengan dugaan ini.

Malah katanya, ini masa terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah supaya diri berada dalam keadaan tenang.

“Mereka yang dah kena Covid pada waktu ini, jangan down.. Ada sebab Allah pilih kita untuk menjadi pesakit Covid.

“Belajar erti redha, sabar dan bersyukur dalam berkuarantin di wad. Dekatkan diri dengan Allah. Imarahkan wad dengan Islam..

“InsyaAllah anda akan tenang di sana serta akan dapat nikmat yang kita tak pernah dapat sebelum ini.

“Akhir sekali AM harapkan kita dapat menjalani hidup dengan norma baru ini dengan baik dan berdisiplin. Sayang Allah, sayang diri kita, sayang keluarga, dan sayang masyarakat sekeliling kita,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Nasihat AM, berhati-hatilah dan jangan ambil sambil lewa dgn covid nih. Mungkin korang tak kena covid lagi sbb tu ambil mudah jer. Yer mmg lepas jer pkp kita semua bersungguh-sungguh menaikkan ekonomi keluarga masing2 tapi perlulah jaga SOP sebaik mungkin. Sayanglah dah elok2 bilangan covid 1 angka bertambah jadi 3 angka dan malangnya dah 4 hari berturut-turut pulak tu. Nak PKP balik ke? Kalaulah berlaku SOP payahlah kita semua, byk benda nak kena cover dr segi comitment masing2. Susah nak kerja dan lagi susah perniagaan makin down. So dgn keadaan sekarang sama-sama kita menjaga SOP dan kebersihan sebaik mungkin. Jangan byk sangat tmpt lepak dan pergi ditempat ramai. Covid tidak mengenal kita siapa. U kaya ke? Miskin ke? Dato ke Tan sri? Badan sado ke kurus kering? Makan suplement hari2 atau tak makan? Covid ni belasah semua. Balik rumah cepat2 mandi jangan ada sentuhan dgn keluarga, Mandi dulu! Pastu nk buat apa buatlah. Mereka yang dah kena covid pada waktu ini, jangan down.. Ada sebab Allah pilih kita utk menjadi pesakit covid. Belajar erti redha, sabar dan bersyukur dlm berkuarantin di wad. Dekatkan diri dengan Allah. Imarahkan wad dgn islam.. InsyaAllah anda akan tenang disana serta akan dapat nikmat yg kita tak pernah dapat sblum ini. Akhir sekali AM harapkan kita dapat menjalani hidup dengan norma baru ini dgn baik dan berdisiplin. Sayang Allah, Sayang Diri kita, Sayang keluarga, dan Sayang masyarakat sekeliling kita. Psst.. saja nk kenalkan kuda coklat ni namanya SPARK dan yg belakang tu berwarna hitam adalah Nassem. Dulu dierg buli AM sampai selalu jatuh tapi skrang dah jadi best fren dah.. heheh.. kalau nk tahu kuda-kuda ni selalu doakan untuk kita semua tau! Aminnn. Terima kasih wartawan @amandafaisal_ dan abg cameraman dtg di stable @putrajayaequestrianpark walaupun last minit bgtahu.heheh. Tq abg @mohdhazreenmohdsapri pinjam anak2 awak tadi. @buletintv3 @putrajayaequestrianpark @ashrafmuslimsmuayyid #salamukhuwahsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on


Pada April lalu, Ashraf disahkan positif COVID-19 selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.