KKM S4hkan Se0rang Ahli Mesyuarat Di JPM Pada Sabtu P0sitif C0VID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Sabtu lepas disahkan positif COVID-19.

Dalam usaha kesan kontak rapat

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata individu berkenaan tidak mempunyai sebarang gejala dan kini telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada.

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan COVID-19…”

Semua yang hadir mensyuarat perlu disaring

Dr Noor Hisham berkata kontak rapat yang telah dikenal pasti diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak).

Beliau berkata semua yang hadir ke mesyuarat itu telah menjalani saringan kesihatan hari ini dan sampel diambil untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : KKM & Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.