Did4kwa Jadi ‘M4ngsa’ B0dy Sh4ming Usop, Ini Jawapan Sherry Alhadad!

Naib juara Big Stage 2020 (BS2020) Usop dikecam hebat di media sosial apabila dikatakan terlanjur menegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020.

Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, walaubagaimanapun memohon maaf jika gurauannya itu disalah anggap oleh Sherry dan orang ramai.

BACA : Isu Body Shaming Sherry Alhadad, Usop Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Tidak melatah dengan situasi berkenaan, tuan empunya badan, Sherry Alhadad tampil menyuarakan pandangannya.

Menurut Sherry, dia langsung tidak ambil hati dengan apa yang terjadi.

Bagi Sherry, terlepas kata merupakan perkara yang tidak boleh dielak terutama ketika program siaran langsung.

“Kadang kala sama juga macam Sherry apabila jadi pengacara.

“Kalau atas pentas paling Sherry takut adalah terlepas cakap.

“Saya faham niat dia bergurau, mungkin ketika itu orang lain anggap ianya seperti menghina,” katanya ketika ditemui Gempak usai pentas final Big Stage 2020, malam tadi.

Tambahnya, dia juga sudah menganggap Usop seperti adiknya, oleh itu langsung tidak terlintas di hatinya untuk berkecil hati.

“Sebagai seorang kakak, saya memang sayang Usop sebagai adik.

No heart feeling, takde perasaan marah-marah, kami sayang sama-sama,” katanya.

Terdahulu, pada malam minggu akhir BS2020, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kecaman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shaming’.

Tindakannya itu mencetuskan rasa tidak senang buat sesetengah netizen sehingga ada yang cuba memboikot penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, Big Stage 2020 (BS2020) telah  melabuhkan tirainya apabila Azzam Sham dinobatkan sebagai juara BS2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga.

Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.

Instagram: @sherry_alhadad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.