Bakal Melangkah Ke Alam Perkahwinan, Alam Wakaka Bimbang Galas Tanggungjaw4b Sebagai Suami

BAKAL mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan, penari dan pelakon Alam Wakaka mengakui dia mempunyai perasaan takut untuk bergelar suami.

Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 34, berkata dia berasa bimbang sekiranya tidak dapat menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

“Perasaan takut itu memang ada, mungkin sebab ini kali pertama saya nak kahwin. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

“Mungkin salah satu sebab dia masih muda dan perjalanan hidup masih panjang. Macam mana saya nak sentiasa memastikan diri untuk menjaga anak orang dengan baik.

“Bila dah berumah tangga ini, tanggungjawab seorang suami sangat besar. Saya selalu memikirkan bagaimana nak jalankan tanggungjawab itu tanpa ada gangguan daripada orang luar,” kata Alam kepada mStar.

InsyaAllah dari segi keperluan kehidupan berumah tangga itu, saya boleh sediakan.

ALAM WAKAKA

PENARI & PELAKON

Ahli kumpulan Wakaka itu mengikat tali pertunangan dengan Nurul Alisya Najwa Hazman, 19, di Segamat, Johor pada 1 Ogos lalu.

Majlis serba ringkas, tetapi meriah berlangsung di kediaman keluarga tunangnya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKBB).

Dalam pada itu, Alam mendedahkan hubungan mereka pernah berdepan dugaan ketika awal perkenalan namun mereka sentiasa menyelesaikan masalah dengan berbincang.

Alam bakal bergelar suami Nurul Alisya pada Mac tahun hadapan.

“Tipu la kalau saya cakap tak pernah diganggu orang ketiga. Masa awal perkenalan kami ada la orang nak kenalkan dia dengan orang lain la. Tapi selalunya kalau ada masalah memang kami akan duduk dan berbincang.

“Saya harap benda ini kami akan lakukan juga selepas berkahwin. Nak cakap bersedia itu… terus-terang cakap dari pihak saya, memang kewangan pun Alhamdulillah.

“Rumah pun saya sudah beli untuk saya dan keluarga. Selepas kahwin, boleh duduk di situ terus. Insya-Allah dari segi keperluan kehidupan berumah tangga itu, saya boleh sediakan apa yang patut untuk bakal isteri nanti,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.