Last!k Sampai Leb4m, Remaja2 B1ad4p Bvl! Wanita Warga Emas Serah Diri Pada P0lis

Tular di media sosial baru-baru ini, mengenai sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas dibuli dan diganggu oleh sekumpulan remaja.

Menerusi laporan Kosmo Online, difahamkan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang didakwa telah membuli wanita warga emas itu, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok semalam.

Buli orang tua, remaja datang serah diri

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Samsulmuddin Sulaiman, keempat-empat remaja itu telah ditahan reman dan akan dihadapkan di Mahkamah Pasir Puteh di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Bidah Wan Deraman, 67, yang menjadi mangsa buli di Banggol Pauh, Bekelam, mengadu dia dilastik oleh remaja terbabit sehingga mengalami lebam dan sakit pada bahagian le­ngan.

Kena lastik sampai lebam

Wan Bidah Wan Deraman berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah, sebelum didatangi sekumpulan remaja di mana salah seorangnya adalah anak sepupunya.

“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta…”

Biadap sangat!

Mereka bertindak biadap dengan menendang dan melastik Wan Bidah, membuatkan wanita warga emas itu berlari sambil menjerit ketakutan.

“Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu de­ngan menggunakan payung sebelum terus melarikan diri. Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk keluar bersendirian…”

Diharapkan, kumpulan remaja biadap itu mendapat hukuman yang setimpal, dan memohon maaf kepada warga emas yang telah mereka buli.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.