Sal4h Sebut Nama Penyanyi… Zizi Kirana Cari Pemanggil MHI “Kakak Ni Jujur, Saya Teringin Nak Berb0rak!”

PENYANYI lagu Eh iaitu Zizi Kirana mencari pemanggil wanita dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) yang tersilap menyangka lagu tersebut dinyanyikan oleh Sissy Imann.

Terhibur dengan gelagat spontan individu berkenaan, Zizi memberitahu dia kini sedang mencari pemanggil yang dikenali Jamaliah Mohamad dari Taiping, Perak itu.

“Saya sebenarnya terhibur dengan kakak Jamaliah ni, comel sangat sampai tersalah penyanyi. Kalau ada peluang saya nak berborak dengan kakak tersebut.

“Walaupun salah penyanyi tapi tak mengapa sebab kakak ini jujur mengakui meminati lagu Eh… sampai jadikan ringtone lagi, saya sangat hargai, ” katanya kepada mStar.

Pada Khamis lalu, penyanyi Sissy Imann berkongsi rakaman seorang pemanggil dalam program MHI tersalah menyangka dia merupakan penyanyi lagu Eh.

Saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya!

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Rakaman video itu tular di media sosial sehingga menarik perhatian netizen yang turut terhibur dengan gelagat pemanggil berkenaan.

Gara-gara itu, Zizi menerusi Instagram meminta bantuan pengikutnya menjejaki pemanggil tersebut.

“Hi semua… saya mencari kakak Jamaliah yang ada dalam video ni. Tolong hubungi pengurus saya ya!, ” tulisnya.

Zizi cari pemanggil bernama Kak Jamaliah.

Sementara itu, Zizi memaklumkan sehingga kini dia masih belum dapat mengesan individu berkenaan.

“Sampai sekarang belum ada info lagi tentang akak tu… saya ada minta bantuan penerbit MHI untuk dapatkan nombor akak tersebut tapi sayangnya mereka tak boleh nak kesan nombor pemanggil.

“Teringin nak bercakap dengan akak itu secara peribadi sebab dia seorang yang sangat ceria dan positif. Mungkin kita boleh buat kawan nanti kan?” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.