Puteri Sarah Pernah Kegugvran Kerana Ham!l Luar Rah!m, Ny4wa Hampir Melayang “Masa Itu Baru Empat Bulan Berkahwin”

PELAKON Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman menakutkan apabila dia mengalami keguguran selepas empat bulan berkahwin.

Akibat kehamilan luar rahim, Sarah, 34, berkata dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan perlu menerima rawatan segera.

“Satu benda yang harus diketahui, Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.

“Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan… sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.

“Apabila kena Ectopic pregnancy tak operate cepat-cepat ibu boleh meninggal ya!,” katanya menerusi Instastory pada Jumaat.

Puteri Sarah berkongsi pengalaman pernah mengalami keguguran.

Sarah turut berkongsi foto isteri kepada penyanyi terkenal John Legend iaitu Chrissy Teigen yang mengalami keguguran, baru-baru ini.

Sementara itu, Sarah memberitahu dia mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan nyawanya berkemungkinan melayang jika lambat menerima rawatan.

“Dahlah masa itu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman. Kalau tak cepat-cepat (menerima rawatan) dah meninggal kut.

Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof.

“Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Syaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!,” ujarnya.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Sumayyah yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.