Tak Sen0noh Betul! Pak Tam Kembali Selepas 3 Hari Menghil4ng, Melel3h Air Liur Teng0k Peniaga Makanan Ph0toshoot Gambar Butter Chicken

SELAIN manusia, setiap haiwan juga mempunyai ragamnya yang tersendiri.

Terbaharu, foto memaparkan seekor kucing dikenali sebagai Pak Tam yang meleleh air liur sewaktu sesi photoshoot juadah ‘chicken butter’ mencuri perhatian netizen.

Menurut Khairah Alya Mohd Alias, 25, Pak Tam merupakan kucing jalanan yang sering bertandang ke kediaman ibu mentuanya yang terletak di Kuantan, Pahang.

“Saya baru berkahwin dan kini menetap di rumah mentua. Ia bukanlah kucing saya sebaliknya kucing jalanan yang selalu datang ke rumah. Jadi kami gelarkan sebagai Pak Tam.

“Pada waktu itu, Pak Tam dah tiga hari tak datang rumah. Ketika saya sedang shoot gambar makanan untuk tujuan promosi, tengok-tengok dia ada kat sebelah.

Pak Tam merupakan kucing jalanan yang sering berkunjung ke rumah mentua Kyra.

“Lebih kelakar apabila air liurnya meleleh. Sebenarnya Pak Tam memang perangai tak senonoh. Tapi itu bukan kali pertama, sebelum ni pun pernah meleleh air liur kalau kita tak layan dia bagi makan,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Kyra, dia menyifatkan kehadiran Pak Tam sebagai tempat untuk melepas rindu kepada 14 ekor kucing milik keluarganya di Raub.

“Dekat Raub ada 14 ekor kucing. Memang banyak gila sampai mak buat ruang khas untuk kucing.

Biasanya saya bagi makan di garaj, Pak Tam pun tak nakal, tak pernah masuk rumah.

KHAIRAH ALYA MOHD ALIAS

“Di rumah mentua kami tak bela kucing, jadi saya bagi makan kepada kucing-kucing jalanan termasuklah Pak Tam yang selalu datang ke rumah.

“Biasanya saya bagi makanan basah, jarang bagi ayam kepada Pak Tam. Biasanya saya bagi makan di garaj, Pak Tam pun tak nakal, tak pernah masuk rumah,” ujarnya lagi.

Antara juadah yang dijual oleh Kyra.

Bercerita mengenai dirinya, Kyra dan suami, Ikhwan Iskandar Dailus, 27, menjalankan perniagaan masakan barat secara penghantaran COD (cash on delivery) di sekitar Kuantan.

Selain itu, dia turut mengusahakan perniagaan produk kecantikan serum bulu mata.

Sebahagian kucing Kyra di rumah keluarganya di Raub.

Ujarnya, dia berharap rezeki menyebelahi dia dan suami selepas sumber rezeki terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Dalam pada itu, posting kyra mengenai kisah lucu Pak Tam turut menerima lebih 20,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.