Ringgo Arrow Terlib4t Keml4ngan, Kereta Hadiah ‘Kil4uan Emas 4’ Remvk Bahagian Depan “Semuanya Selamat Tiada Kecederaan”

VOKALIS kumpulan Arrow, Ringgo terbabit kemalangan jalan raya di Pasir Puteh, Kelantan pada petang Jumaat.

Menerusi laman Facebook milik Khairul Amizi Husin, Ringgo dikatakan terlibat kemalangan itu semasa dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi kediamannya.

Difahamkan, kereta jenis Toyota X-Gear yang dimenangi ketika program Kilauan Emas musim keempat remuk di bahagian hadapan.

“Beliau dalam perjalanan balik selepas mengunjungi saya di rumah. Kereta terlibat yang dimenangi semasa konsert Kilauan Emas 4 dulu.

“Beliau bersama dua anak lelakinya… anaknya Syahid mengalami luka ringan. Mohon doakan yang terbaik buat beliau,” tulis Khairul Amizi.

Semuanya selamat dan tak ada sebarang kecederaan, namun dia tak mahu ulas mengenai kemalangan ini!

MUAZ

PENGURUS ARROW

Sementara itu, pengurus kumpulan Arrow yang dikenali sebagai Muaz memaklumkan penyanyi itu dan anak-anaknya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, Ringgo enggan berkongsi mengenai kemalangan tersebut kerana tidak mahu lagi terbabit dengan dunia hiburan.

Perkongsian Khairul Amizi di Facebook.

“Saya pun baru tahu berita ini, dia beritahu keadaan mereka baik-baik sahaja. Semuanya selamat dan tak ada sebarang kecederaan, namun dia tak mahu ulas mengenai kemalangan ini!,” katanya.

Ringgo atau nama sebenar Md Zain Ramli mencapai zaman kegemilangannya bersama kumpulan Arrow pada tahun 1990-an.

Antara lagu popular nyanyiannya yang menjadi siulan peminat ialah Aku Tak Marah, Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku dan Niat Hati Tak Nak Berpisah.

Pada tahun 2014, Ringgo menyertai program Kilauan Emas 4 dan mahu dikenali sebagai Zain kerana enggan dibayangi kumpulan Arrow.

Ringgo meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X-Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.