Apa Saja Demi Haiwan! Dua Gadis Bergegas Pergi Kerja Sanggup Pat4h Balik Alih Kucing M@ti, Bangk4i Anj!ng Pun Pernah Alihkan “Kalau Gel! Sekali Pun, Masih B0leh T0long”

JIKA terlihat haiwan mati dilanggar di atas jalan raya, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda?

Bagi sesetengah individu yang sensitif, mereka pastinya berasa kasihan, malah ada yang sanggup turun dari kenderaan untuk mengalihkan bangkai berkenaan.

Namun, ramai juga yang sekadar melihat dari jauh dan terus berlalu pergi begitu sahaja.

Pada Rabu, tindakan murni dua gadis yang mengalihkan bangkai kucing di atas jalan berdekatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja wajar dipuji netizen.

Menerusi satu video yang dikongsi, Nor Izzati Syuhada Azmi atau Adah sanggup mengambil risiko untuk mengalihkan bangkai kucing tersebut sebelum diletakkan di bahagian tepi jalan.

Sewaktu kejadian, rakannya Maizatul Umira Mohd Yusof membuat rakaman video dari sebuah motosikal sambil memantau kenderaan yang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

Mai (kiri) bersama rakannya, Adah (kanan).

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Mai mengakui sanggup berpatah balik dengan rakannya kerana enggan bangkai itu dilanggar berulang kali oleh pengguna jalan raya yang lain.

“Kami pergi kerja bersama dengan sebuah motor. Saya yang bawa motor, masa tu nak masuk area TBS dan saya nampak bangkai seekor kucing.

“Saya tanya Adah, nak patah balik ke untuk alihkan kucing tu? Dia setuju dan kami berdua patah semula ke lokasi haiwan tu dilanggar.

Ini juga bukan kali pertama. Sebelum ni pun kami pernah alihkan bangkai kucing dan anjing.

MAIZATUL UMIRA

“Masa sampai, kucing tu dah mati. Tapi masih baru sebab badannya panas. Saya rakam video sambil pantau kereta yang lalu sementara dia alihkan kucing dan letak di atas rumput,” ujarnya.

Masing-masing berusia 21 tahun, kedua-dua pembantu jualan di sebuah pusat beli-belah itu mengakui tidak sampai hati membiarkan bangkai berkenaan terbiar di atas jalan raya.

Malah, kedua-duanya juga cukup meminati haiwan dan turut membela beberapa ekor kucing di rumah masing-masing.

Mai dan Adah turut membela kucing di rumah masing-masing. -Gambar Hiasan

“Saya ada dalam tujuh ekor, manakala Adah ada dua ekor kucing. Kami memang minat kucing, malah ia dianggap seperti keluarga.

“Masa mula-mula tengok bangkai kucing tu pun, kami rasa menggigil. Terfikir, tiada orang alihkan ke?

“Masa tu trafik agak sibuk sampai ada yang hon, ada yang berhenti nak tolong.

“Apa-apa pun, sekurang-kurangnya bangkai kucing tu dah dialihkan. Kesian kalau kena langgar berulang kali,” ujarnya.

Mai dan Adah berhenti di tepi jalan bagi mengalihkan bangkai kucing sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja. -Gambar Hiasan/BERNAMA

Dalam pada itu, Mai turut menasihati mana-mana individu khususnya pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab terhadap haiwan pada masa akan datang.

“Sebenarnya rasa kasihan tengok haiwan mati atas jalan. Kalau geli atau tak suka haiwan sekali pun, masih boleh tolong. Boleh lapik dengan apa-apa kalau nak alihkan.

“Saya tengok pun rasa tak sampai hati. Ini juga bukan kali pertama. Sebelum ni pun kami pernah alihkan bangkai kucing dan anjing,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.