Isu Rakam MV Dalam Gereja, Ismail Izzani Kec3wa Digelar Generasi S4mpah

Penyanyi muda, Ismail Izzani kecewa apabila dikecam nitezen gara-gara muzik video (MV) terbaharunya berjudul Ada Cara yang menjalani penggambaran di sebuah gereja.

Menurut Ismail atau lebih dikenali dengan Mael, 20, ramai yang mengambil perkara itu dari sudut negatif tanpa memberi peluang untuk memahami keseluruhan MV tersebut.

“Saya sebenarnya kecewa kerana ramai yang mengecam serta mempertikaikan mengapa saya memilih lokasi gereja sebagai penggambaran MV itu.

“Mereka lihat dari sudut negatif sahaja sehingga menggelarkan saya sebagai generasi sampah.

“Mereka tidak berfikir sebelum bercakap, sehingga bertanya mengapa saya tidak memilih masjid. Secara logiknya, tak kan saya mahu menari di masjid pula.

“Saya ingin tegaskan di sini, berilah peluang memahami mesej lagu tersebut dengan melihat keseluruhannya. Bukan melihat dari satu sudut sahaja,” katanya.

Mael dihubungi oleh Astro Gempak selepas menerima banyak kecaman dilihat berada dalam gereja ketika merakamkan MV lagu terbaharunya itu.

Lagu

Ada Cara merupakan hasil ciptaannya bersama komposer Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat. Kedua-dua komposer itu turut berperanan dalam penghasilan lirik bersama Mohd. Ariz dan Shaqiel Naufal termasuk Ismail sendiri.

Mengulas lanjut mengenai mesej yang hendak disampaikan dalam lagu tersebut, Mael memberitahu ia merupakan isu yang berat sehingga menyentuh soal agama, namun banyak berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Ia merupakan kisah cinta seorang lelaki yang berpegang teguh kepada agamanya. Manusia berbeza tetapi Tuhan hanya satu dan lelaki dalam lagu memilih Tuhannya.

“Lirik lagu ini sendiri pun sudah mendalam, ditambah dengan visual dalam gereja membuatkan hasilnya sangat mengagumkan.

“Saya mahu penonton nampak jalan cerita tentang sepasang kekasih tetapi berbeza agama. Saya memilih gereja supaya senang orang faham konteks jalan cerita Ada Cara menyentuh soal agama.

Single kelapan Ismail itu  dilancarkan pada pada 29 Setember lalu menerusi YouTube World Peace Entertainment. Sehingga kini ia sudah menerima lebih 50,000 tontonan dan 6100 tanda suka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.