Uncle Kentang ‘Tebus’ Kerusi R0da Elektrik Pakcik 0KU Yang Dijual Anak Durjana

Umum sedia maklum bahawa aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih mesra dipanggil Uncle Kentang kerap kali memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pelbagai bentuk bantuan diberikan seperti kewangan, bahan makanan dan juga keperluan harian kepada mereka yang memerlukan.

Tergamak jual kerusi roda elektrik bapa

Namun begitu, sejak semalam, Uncle Kentang telah menyuarakan rasa hibanya apabila bantuan kerusi roda elektrik yang diberikan kepada seorang lelaki telah dijual oleh salah seorang ahli keluarganya.

Perkara tersebut diluahkan di Facebooknya dan mendapat perhatian daripada warganet yang bengang dengan tindakan tidak berhati perut ahli keluarga lelaki itu.

Uncle Kentang dapatkan semula kerusi roda

Sebak dengan nasib lelaki dikenali sebagai Daud, Uncle Kentang bersama teamnya telah berusaha mendapatkan semula kerusi roda elektrik buat lelaki itu.

Dia kemudiannya menyerahkan kerusi tersebut kepada Daud dan menenangkan lelaki itu agar terus bertabah dengan dugaan yang dihadapi sebagai ayah.

Sebak dengar alasan tak laporkan anak pada polis

Uncle Kentang akui bahawa menangis mendengar kasih sayang seorang ayah yang tidak mahu melaporkan ‘kelicikan’ anaknya walaupun tahu perbuatan tersebut salah kerana enggan satu-satunya anak tersayang meninggalkannya pergi.

Oleh itu, Uncle Kentang berjanji akan melindungi Daud hingga akhir hayatnya kerana terkesan dengan ketabahan bapa tersebut.

Laporkan sebagai pengajaran

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh aktivis masyarakat itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai ke atas muat naik yang begitu menyebakkan.

Walau bagaimanapun mereka menasihati agar tindakan anak kepada lelaki itu dilaporkan kepada polis andai benar menyayangi anaknya kerana cara tersebut boleh membantu menjadi lebih baik dan insaf diatas perbuatannya.

Sanggup seorang anak aniya bapa sendiri

Semoga Uncle dimurahkan rezeki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Uncle Kentang

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.