Peluk Isl4m Lepas Mak Ayah Men1nggal, Remaja Cina Ditaja Belajar Di Tahfiz

Pemergian kedua ibu bapa akibat kemalangan jalan raya pada Mac lalu membuatkan seorang remaja, Mohd Haikal Chu seolah-olah hilang arah tujuan.

Menurut laporan Harian Metro, remaja berusia 16 tahun itu hidup berdikari selepas kehilangan orang tuanya sehingga seorang rakan mengajak untuk tinggal bersama di Sabak Bernam, Selangor.

Sejak itu, Mohd Haikal atau nama asalnya Chu Kok Yoong nekad mempelajari agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati serta mengubati kerinduan terhadap ibu bapanya.

Selepas mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam bulan lalu, remaja berasal dari Ulu Beranang, Negeri Sembilan itu berhasrat ingin menjadi pendakwah seperti Ustaz Ebit Lew.

Kini, anak tunggal itu bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar iaitu Rizam Ismail yang prihatin telah mendaftar Mohd Haikal di sebuah pusat tahfiz di Sabak Bernam.

Ini kerana dia tidak bersekolah sebelum ini kerana membantu kedua ibu ibunya mencari rezeki dengan mengutip besi buruk.

“Sama-sama kita doakan semoga adik Mohd Haikal agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama,” tulis Rizam di laman Facebook miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin) , Rizam Ismail

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.