Pakar Pelbagai Bidang KKM Berlepas Ke Sabah Es0k

Pakar pelbagai bidang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berlepas ke Sabah esok bagi melihat dan membantu memantapkan langkah kawalan COVID-19 di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada masa ini petugas barisan hadapan KKM dari pelbagai negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sudah dihantar untuk membantu pejabat kesihatan negeri Sabah.

“Petugas dari negeri lain dihantar ke Sabah bagi  memantapkan perkhidmatan, pengesanan COVID-19  di lapangan dan tindakan kesihatan awam di hospital terutamanya Hospital Tawau dan Semporna,” katanya pada sidang media COVID-19 di KKM di sini, hari ini.

Beliau berkata KKM turut menghantar peralatan perlindungan peribadi (PPE) serta alat bantuan pernafasan ke Sabah, dan beliau turut mengucapkan terima kasih  kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana membantu menghantar peralatan ke Tawau.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.