Ara Johari Kurung Diri Dalam Rumah, Tertek4n Ditvduh ‘K4ki M4bvk’ “Rasa Macam 0rang Asyik Cakap Benda Itu Saja… Saya Jadi Takvt”

PENGALAMAN berdepan kontroversi melibatkan dakwaan yang agak keras iaitu ‘kaki m4bvk’ pada Ogos lalu cukup memberi pengajaran kepada penyanyi Ara Johari.

Biarpun tidak pernah menjangkakan bakal berdepan dengan isu tersebut namun Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi semangat kepadanya.

“Saya tahu apabila dah ceburi dunia hiburan pasti akan berdepan dengan kontroversi tapi saya tak jangka akan sampai seteruk ini. Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu.

Ara tidak pernah menjangkakan akan terpalit dengan kontroversi yang paling teruk.

“Masa itu saya rasa pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul… macam mana boleh terjadi. Nasib baik ada keluarga saya beri sokongan dan selalu berpesan supaya biarkan saja apa orang nak kata.

“Saya punya back up adalah keluarga saya sendiri sebab mereka kenal saya macam mana dan bapa saya pun cakap jangan fikirkan sangat,” kata Ara.

Ara ditemui di Havoc Food Festival 3.0 yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap.

ARA JOHARI

PENYANYI

Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun itu didakwa mempunyai masalah disiplin dan sengaja tidak hadir bagi menjayakan sebuah program hiburan gara-gara mengambil minuman ker4s.

Bagaimanapun menerusi temu bual bersama  pada 25 Ogos lalu, Ara menafikan d4kwaan tersebut dan menjelaskan tindakkan dia menarik diri pada saat akhir disebabkan oleh faktor kesihatan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bunga ini mengakui dia berasa tertekan hingga bertindak mengurungkan diri di rumah.

Ara tidak keluar rumah selama seminggu disebabkan tertekan dengan kontroversi tersebut.

“Sejujurnya saya memang rasa down (tertekan) sangat sepanjang minggu itu sebab saya rasa macam mengarut. Kalau nak bercakap pun, janganlah sampai memf1tnah saya yang bukan-bukan.

“Sepanjang waktu itu, saya rasa tak nak keluar rumah. Saya rasa macam orang asyik cakap benda itu saja… saya jadi takut.

“Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap. Sekurang-kurangnya kita tak buat seperti yang didakwa. Saya dif1tnah pun dapat pahala juga,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.