“Anak Ialah Aman4h Allah SWT,” Saharul Ridzwan Saran Didik Anak Lakukan Kebaikan

Tidak dinafikan, anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai dikurniakan daripada Yang Maha Esa.

Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada berkongsi kata nasihat mengenai perihal cara didikan kepada anak bersama pengikutnya di media sosial.

Kongsi Saharul, anak merupakan satu amanah yang wajib ditunaikan bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan harus dididik dengan penuh kebaikan.

“Anak ialah amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Hatinya yang suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir.

“Jika dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikan, maka dia akan mahir dalam bidang ini dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Ibu bapa dan gurunya juga akan mendapat bahagian dalam kebaikan tersebut.

“Namun jika dia dibiasakan untuk melakukan keburukan, maka dia akan merana dan celaka. Dosanya akan dibebankan kepada ibu bapa dan walinya.

“Jika seorang ayah selalu menjaga anaknya daripada api dunia, maka menjaga mereka daripada api akhirat lebih perlu dipentingkan.”- Imam Ibn al-‘Arabi al-Maliki,” tulisnya.


Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Deena Emir pada tanggal 16 September 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 dan Fateema Azzahra yang baru berusia 9 bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.