Guru Mengelvh, Baru Minta T0long Sikit Mur!dnya Dah Pandai Berleng4h… Tapi Tak Jadi Nak Bebel Selepas Tahu Alas4nnya “Saya Rasa Sangat Bahagia”

KADANG-kadang, tanpa disedari kita akan cepat tersalah anggap terhadap orang lain.

Oleh itu, kita sering dihujani dengan pesanan untuk bersikap baik sangka kepada orang lain.

Seorang guru berkongsi kisahnya untuk dijadikan iktibar dan pengajaran oleh masyarakat supaya sentiasa bersangka baik.

Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook, guru berkenaan mengimbas semula satu insiden membabitkan seorang pelajarnya.

“Hari tu saya ada nak minta pelajar tolong saya kejap buat kerja sikit. Saya panggil sorang pelajar kemudian tanya boleh tolong saya kejap tak?

“Tapi itulah, boleh pula pelajar tu kata tunggu sekejap boleh tak cikgu?” tulisnya menerusi halaman Facebook Muhammad Yusof.

Posting seorang guru di Facebook.

Tindakan spontan pelajar berkenaan ternyata mengejutkan guru tersebut, sehingga terdetik sesuatu dalam hati kecilnya.

“Masa tu saya macam nak membebel juga, isk, isk, isk, apa bendalah budak-budak zaman sekarang ni nak minta tolong pun susah, saya kata dalam hati,” ujarnya.

Dalam kehidupan kadang-kadang ada masanya kita tersilap sangka orang lain

MUHAMMAD YUSOF

Bagaimanapun, Muhammad Yusof memberitahu, maklum balas daripada pelajar berkenaan tidak lama selepas itu sebenarnya yang lebih mengejutkan.

“Jawapan balas budak tu buat saya terharu sekejap. Cikgu, sebenarnya saya baru ambil wuduk nak sembahyang ni, boleh tak kalau lepas sembahyang saya tolong cikgu?

Antara komen netizen.

“Masa tu saya rasa sangat, sangat, sangat bahagia sebab ada anak murid yang baik macam budak ni. Cuma itulah, dalam kehidupan kadang-kadang ada masanya kita tersilap sangka orang lain.

“Entah-entah orang yang kita salah sangka tu masuk syurga dulu berbanding kita,” tambahnya.

Terharu dengan sikap yang ditonjolkan meskipun masih muda, Muhammad Yusof mendoakan kesejahteraan pelajar terbabit.

“Doa saya, semoga dia terus jadi anak yang baik dan cemerlang,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.