Peng!kut IG Tak Ramai Tapi Shasha Abedul Dapat Jadi Her0in… Ditvduh Gun4 0rang Dal4m!

GARA-GARA ditawarkan watak heroin dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, pelakon baharu Shasha Abedul berkata ada netizen mempertikaikan mengenai pemilihannya itu.

Ini kerana Shasha, 23, dikatakan tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram dan tidak layak diangkat sebagai pelakon utama dalam drama tersebut.

“Ada seorang individu pertikaikan tentang benda ini dan tanya kenapa saya ditawarkan sebagai heroin sedangkan pengikut di Instagram tak ramai… sampai dituduh gunakan orang dalam!

“Tapi saya tak mahu jadikan isu kerana bagi saya dalam hal ini saya bertuah sebab produksi nampak bakat lakonan dan beri peluang untuk saya tunjukkan.

“Soal pemilihan pelakon ini pada saya bergantung pada rezeki… tak boleh nak cakap jumlah follower sebagai alasan.

Shasha minat lakonan dan pengacaraan.

“Ada sahaja pengikut sikit tapi job banyak… semuanya berbalik pada individu dan situasi mesti ada sebab mereka dipilih berlakon!, ” katanya kepada mStar.

Shasha ditemui di set penggambaran drama terbaharu berjudul Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production, baru-baru ini.

Saya bermula dengan iklan komersial tiga tahun lalu. Ia memang minat saya. Perlahan-lahan, saya mencuba pula berlakon drama.

SHASHA ABEDUL

PELAKON

Dalam drama yang menampilkan beberapa pelakon baharu iaitu Ismail Izzani, Cik B, Shalma Eliana dan Aniq Hero Remaja ini akan disiarkan pada Oktober ini di slot Lestari, TV3.

Memulakan karier sebagai model iklan komersial sejak tiga tahun lalu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata dia tertarik untuk menjadi pelakon selepas aktif bekerja di belakang tabir.

Shasha dan Ismail Izzani bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta.

“Saya bermula dengan iklan komersial tiga tahun lalu. Ia memang minat saya. Perlahan-lahan, saya mencuba pula berlakon drama.

“Saya bermula dengan terbabit dalam program On Air. Di situ saya belajar banyak perkara termasuk lakonan. Sejak itu juga, saya beranikan diri pergi uji bakat drama.

“Saya suka mengacara tetapi rezeki nampaknya lebih kepada lakonan! Jadi saya memilih untuk mencuba apa sahaja peluang yang ada, ” ujarnya yang memiliki lebih 30,000 pengikut di Instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.