Peguam Di Indonesia ‘Pergi’ Angkara C0vid-19, Tingg4lkan Suami Dan Bayi 16 Bulan

Indonesia merupakan antara negara Asia Tenggara yang sedang bergelut dengan peningkatan pendemik Covid-19. Hari demi hari, ribuan kes baharu dilaporkan sehingga mereka terpaksa melakukan kembali kawalan pergerakkan yang lebih ketat bagi mengelakkan penularan.

Isteri tercinta terkorban

Kematian yang dicatatkan juga setiap hari menunjukkan angka membimbangkan dan tenaga perubatan mereka juga ramai telah menjadi korban pendemik ini.

Menerusi satu perkongsian di Twitter yang tular, seorang suami kepada peguam muda dari Indonesia telah berkongsi kisah mereka dijangkiti wabak tersebut sehinggakan isteri tersayang meninggal dunia.

Coretan suami

Menerusi muat naik yang dilakukan akaun Twitter dikenali sebagai ihsanjie, allahyarham isterinya Amirah Lahaya telah meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19 pada 18 September yang lepas.

Hampir seminggu berjuang melawat wabak yan menular di dalam badan, akhirnyaAmirah pergi meninggalkan suami serta anak tersayang yang baru berusia 16 bulan.

Dipasangkan ventilator sebelum meninggal

Tinggalkan bayi 16 bulan

Menerusi thread yang dibuat oleh Ihsan, dia telah menceritakan perjalanan isterinya yang disahkan positif Covid-19 sehingga perlu dimasukkan ke wad ICU dan kondisi kesihatan semakin menurun seblum disahkan meninggal dunia pada 23 September.

Dalam perkongsian hiba itu, bapa kepada seorang bayi berusia 16 bulan tersebut turut memohon agar orang ramai dapat mendoakan puterinya membesar dalam keadaan baik walaupun isterinya sudah pergi meninggalkan mereka.

Sudah selamat dikebumikan

Jenazah Amirah telah selamat dikebumikan dikampung halaman selepas urusan menguruskan jenazah selesai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Insanjie

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.